Jasad juruterbang warga Amerika Syarikat Kapten Clifford William Fournier yang merupakan antara enam yang maut dalam kemalangan helikopter di Semenyih pada Sabtu lepas telah dituntut oleh ahli keluarganya.

Menurut jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL), keluarga kapten itu tiba di hospital pada pukul 8.15 malam tadi.

Selain juruterbang, jasad mangsa lain yang telah dituntut ialah Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias, Ketua Pegawai Eksekutif SP Baiduri Sdn Bhd, Datuk Tan Huat Seang dan pengawal peribadi Jamaluddin, Koperal Razkan Seran .

Bagi mangsa keenam yang dikenal pasti sebagai warganegara Kyrgyzstan, Aidana Baizieva, jurucakap HKL berkata, “status mayat wanita masih menunggu keputusan DNA”.

Sebelum ini, seorang want yang dipercayai kakak Aidana telah pergi untuk menuntut jasadnya.

Keenam-enam mereka dalam penerbangan dari Pekan, Pahang menuju ke Subang, Selangor, sebelum helikopter jenis AS3655N2 Dauphin (9M - 1GB) dinaiki mangsa terhempas di Semenyih .

GALERI FOTO: Siasatan kes nahas helikopter di Semenyih

GALERI FOTO: Rentetan nahas helikopter awam di Semenyih