MALAYSIA
Jawatan TPM: "Saya tidak tahu kerana masa itu saya kena bius"- Azmin

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan beliau tidak tahu mengenai desas-desus bahawa beliau akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. - Gambar fail
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan beliau tidak tahu mengenai desas-desus bahawa beliau akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Ia berikutan, ketika itu, beliau sedang menjalani rawatan di hospital pada minggu lalu.
"Saya tidak tahu sebab masa itu saya kena bius. Jadi, saya di bawah General Anaesthesia (GA) untuk selama empat jam. Jadi saya tidak pasti apa yang berlaku di luar," katanya kepada media semasa Majlis Minum Petang Pimpinan PKR bersama Srikandi Petaling Jaya pada Sabtu.
"Sebab itu saya kata semalam pun saya telah kembali bertugas untuk memastikan semua tanggungjawab ini dapat dilaksanakan kerana keadaan sekarang ini memerlukan semua pihak untuk bekerja sebagai satu pasukan bagi memulihkan ekonomi negara mengurangkan kos sara hidup rakyat dan mengurangkan harga barangan.
"Ini adalah tanggungjawab kerajaan secara kolektif dan Perdana Menteri telah memberikan kepimpinan yang cukup jelas kepada semua ahli jemaah menteri untuk bersama-sama menyelesaikan dan membantu mengurangkan bebanan rakyat pada tahun ini," katanya.
Katanya, perkara itu sudah pun dijelaskan oleh perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami