awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatankuasa Aduan akan ditubuh, pantau salah laku 20 agensi penguatkuasaan - Tun Mahathir

Fareez Azman
Fareez Azman
07/01/2020
06:40 MYT
Jawatankuasa Aduan akan ditubuh, pantau salah laku 20 agensi penguatkuasaan - Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ditemui dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) di Putrajaya pada Selasa. Gambar: Astro AWANI
Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) bersetuju mengkaji keperluan penubuhan satu Jawatankuasa Aduan (JKA) bagi memantau aduan salah laku 20 agensi penguatkuasaan lain selain Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia susulan cadangan Suruhanjaya Intergriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) berhubung perkara itu.
"Kita bersetuju untuk kajian penubuhan Jawatankuasa Aduan yang baharu, ia akan diletakkan dibawah jabatan yang sama. Tetapi agensi lain akan berada dibawah pemantauan jawatankuasa ini.
"Ini bagi memastikan pemantauan ke atas 20 agensi penguatkuasaan berkenaan dapat terus dilakukan seiring dengan pemantauan PDRM," kata Perdana Menteri dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) di Putrajaya pada Selasa.
Ditanya bilakah penubuhan JKA itu akan dilakukan, beliau berkata ia akan ditubuhkan secepat mungkin.
Topic Berkaitan
#Agensi Penguatkuasan
#Jawatankuasa Aduan
#Mahathir Mohamad
#Media
#Pantau
#PDRM
#PM
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan