awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatankuasa kumpul fakta berkaitan pengiktirafan UEC bakal ditubuhkan

Bernama
Bernama
31/07/2018
21:59 MYT
Jawatankuasa kumpul fakta berkaitan pengiktirafan UEC bakal ditubuhkan
MASZLEE: Perbincangan yang sihat dalam ruang awam adalah penting agar semua pihak boleh memahami kegusaran dan keresahan masing-masing. - Gambar fail
Kementerian Pendidikan bakal menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi mengumpul maklumat berkaitan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).
Menterinya Dr Maszlee Malik berkata jawatankuasa berkenaan akan diketuai pakar pendidikan dan mereka yang terlibat dalam kajian akademik.
Beliau berkata jawatankuasa itu akan meneliti secara terperinci pandangan pelbagai pihak dengan mengambil kira kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta keharmonian antara kaum.
"Kita tidak akan lakukan secara terburu-buru tetapi pelaksanaan terhadap pengiktirafan itu perlu didahului dengan kajian secara holistik mengambil kira pandangan semua pihak," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat, Selasa.
Maszlee berkata semua pihak harus diberi ruang untuk bersuara dan menyatakan pendirian sama ada menyokong, menolak atau memilih untuk berkecuali berhubung inisiatif pengiktirafan UEC.
"Perbincangan yang sihat dalam ruang awam adalah penting agar semua pihak boleh memahami kegusaran dan keresahan masing-masing, dan cuba memahami titik tengah yang boleh diterima dengan syarat ia tidak berbaur sensitif dan membawa unsur perkauman," katanya.
UEC ialah sijil dikeluarkan Sistem Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia dan pelaksanaannya tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan. Pengiktirafan UEC adalah antara janji dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bahasa kebangsaan
#Bahasa Melayu
#Cina
#Dewan Rakyat
#jawatankuasa
#Kajian
#Kementerian Pendidikan
#Maszlee Malik
#pakar
#Pakatan Harapan
#pendidikan
#perkauman
#sekolah
#Sijil Peperiksaan Bersama
#UEC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan