awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
AstroBIZ: Astro BizOne hidupkan kebersamaan di Botani Kitchen
Lima Kluster Strategik perkukuh Reformasi Kesihatan MADANI - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatankuasa pro-tem bermula, Majlis Media menjelang Disember

Firdaus Azil
Firdaus Azil
16/01/2020
08:16 MYT
Jawatankuasa pro-tem bermula, Majlis Media menjelang Disember
Ia akan membincangkan Majlis Media sebagai sebuah badan kawal-selia kendiri (self-regulatory body) bagi menjaga kepentingan media.
Seramai 17 nama diumumkan menyertai senarai ahli jawatankuasa pro-tem bagi membincangkan hal berkaitan penubuhan Majlis Media Malaysia yang di bakal ditubuhkan menjelang Disember .
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo dalam satu kenyataan hari ini berkata, jawatankuasa itu membincangkan sebuah Majlis Media sebagai sebuah badan kawal-selia kendiri (self-regulatory body) bagi menjaga kepentingan media dan para pengamalnya.
“Keputusan ini merupakan sebuah anjakan besar kerana kini usaha penubuhan Majlis Media ini telah mula bergerak setelah lama ditangguhkan.
“Saya difahamkan bahawa cadangan penubuhan sebuah Majlis Media telah dibangkitkan buat kali pertama sejak 45 tahun lalu,” katanya dalam kenyataan itu.
Setelah 45 tahun, kini kerja-kerja untuk penubuhan sebuah Majlis Media di Malaysia sudah bermula dengan pelantikan satu Jawatankuasa Protem untuk meneliti dan merangka sebuah rang undang-undang penubuhan Majlis Media ini. #KKMMhttps://t.co/W55JFmO7cG pic.twitter.com/GNVGkkhs8Y
— GobindSinghDeo (@GobindSinghDeo) January 16, 2020
Ahli Parlimen Puchong itu berkata, penubuhan Majlis Media adalah selaras dengan Janji 27 Manifesto Pakatan Harapan - yang mana majlis itu akan menyelaras garis panduan etika pelaporan dan bertindak sebagai badan hisbah dalam menangani aduan serta maklum balas berkaitan media.
Katanya lagi, jawatankuasa pro-tem itu diberi dua bulan untuk membincang dan meneliti penyediaan Rang Undang-undang (RUU) bagi penubuhan serta fungsi-fungsi Majlis Media ini.
View this post on Instagram
PUTRAJAYA, 16 Januari 2019 - Menteri Komunikasi dan Multimedia Tuan Gobind Singh Deo hadir mempengerusikan Mesyuarat Kick-Off Penubuhan Majlis Media Malaysia di Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini. .
Turut sama Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri Datuk Kadir Jasin dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Suriani Ahmad. |©️ Jabatan Penerangan Malaysia | Nazri Rapaai . . #menterikomunikasidanmultimedia #kkmm #gobindsinghdeo #ksukkmm #surianiahmad #kadirjasin #majlismediamalaysia #PUTRAJAYA #MALAYSIA #sayangimalaysiaku #jabatanpeneranganmalaysia #unitfotografijabatanpeneranganmalaysia #fotopenerangan #nazrirapaai
A post shared by FOTOPENERANGAN MALAYSIA (@fotopenerangan) on
Jan 16, 2020 at 12:27am PST
Sebagai sebuah badan yang juga akan mengawal selia industri media, Gobind berkata, majlis itu juga boleh membuat pemantauan semasa berdasarkan undang-undang serta bertindak berhubung aduan orang ramai mengenai media.
Senarai penuh jawatankuasa pro-tem Majlis Media:
DATUK ABDUL KADIR JASIN – PENASIHAT
1. ENCIK PREMESH CHANDRAN (MALAYSIAKINI) - PENGERUSI
2. DATO DR CHAMIL WARIYA (MALAYSIAN PRESS INSTITUTE)
3. DATUK YONG SOO HEONG (MALAYSIAN PRESS INSTITUTE)
4. PUAN DING JO ANN (CENTRE FOR INDEPENDENT JOURNALISM)
5. DATUK MOKHTAR HUSSAIN (BERNAMA)
6. DATUK AHIRUDIN ATTAN (NATIONAL PRESS CLUB)
7. PUAN GAYATHRY VENKITESWARAN (NOTTINGHAM UNIVERSITY)
8. KUIK CHENG KANG (EDITORS’ ASSOCIATION OF CHINESE MEDIUM MALAYSIA)
9. TEHMINA KAOOSJI (JOURNALISTS ALLIANCE)
10.RADZI RAZAK (GERAKAN MEDIA MERDEKA)
11.ASHWAD ISMAIL (ASTRO AWANI)
12.ROZAID A. RAHMAN (THE STAR)
13.JAHABAR SADIQ (THE MALAYSIAN INSIGHT)
14.WAKIL DARI SABAH
15.WAKIL DARI SARAWAK
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#Gobind Singh Deo
#Majlis Media
#Malaysiakini
#Manifesto
#Media
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#Puchong
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan