Penubuhan satu jawatankuasa khas akan diumumkan sebelum akhir tahun ini bagi memulakan proses pendigitalisasi pentadbiran Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Beliau berkata pihaknya sedang berbincang dengan beberapa pakar yang relevan dalam hal berkaitan digitalisasi sebelum nama mereka yang menganggotai jawatankuasa itu diumumkan.
Katanya bagi tujuan itu pihaknya sedang berhubung dengan beberapa entiti seperti Telekom Malaysia, PayHalal dan Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA) di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) yang mempunyai kemahiran mengenai konsep berkenaan.
Beliau berkata proses pendigitalan itu melibatkan semua agensi yang menguruskan hal berkaitan agama Islam dibawah kendaliannya termasuk haji dan zakat.
"Kita harap proses digitalisasi itu boleh bermula sepenuhnya awal tahun depan dengan langkah pertama iaitu pembudayaan teknologi kepada pihak yang berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Halal Fiesta Malaysia (Halfest Jakim) di sini, pada Isnin.
Dalam perkembangan lain, Mujahid berkata beliau bersedia mengemukakan saman terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Perak Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib sekiranya siasatan polis mendapati ada unsur fitnah berlaku.
Setiausaha Akhbar menteri itu Siti Zulaikha Zulkifli pada Isnin membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya terhadap Mohd Khusairi serta laman Facebook yang menggunakan nama MyNewsHub kerana memuat naik poster kenyataan fitnah yang melibatkan Mujahid di media sosial.
Laporan polis itu dibuat ekoran penyalahgunaan gambar dan nama Mujahid di poster yang bertulis, "Wendy Loong hina nabi adalah kes terpencil.. Orang Islam jangan terasa hati.. Mujahid".
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2019
MUJAHID: Kita harap proses digitalisasi itu boleh bermula sepenuhnya awal tahun depan dengan langkah pertama iaitu pembudayaan teknologi kepada pihak yang berkenaan. - Gambar fail
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
Program Tuisyen Rakyat Selangor ditambah baik dengan aplikasi mudah alih - MB
Program itu ditambah baik dengan penyediaan saluran video secara langsung bertujuan memudahkan komunikasi secara terus antara guru dan pelajar.
NRES lindungi flora dan fauna melalui inovasi digital
Ia bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan inovasi digital dalam usaha mengukuhkan konservasi fauna dan flora liar.
KKDW peruntuk RM1.7 bantu 1,200 usahawan desa kuasai pendigitalan
Peruntukan itu bagi memberi pendedahan secara langsung dan praktikal mengenai pendigitalan perniagaan kepada usahawan luar bandar.
PEDi berusaha bantu usahawan desa beralih ke platform digital
PEDi merupakan satu inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjangkau para usahawan di peringkat akar umbi.
FAMA perkasa penuntut IPT dalam bidang usahawan menerusi program NBME
Misi melahirkan usahawan muda termasuk dalam kalangan mahasiswa dengan fokus kepada aktiviti pemasaran dalam talian dan platform digital.
Rangka tindakan HGHV industri berasaskan teknologi dan digital akan dilancar Feb 2024 - Rafizi
Rangka tindakan sektoral untuk merancakkan perkembangan syarikat pemula dan menarik syarikat teknologi dunia ke Malaysia.
Pelaburan berkaitan digital di Malaysia berjumlah RM110 bilion - MDEC
Pelaburan berkaitan digital di Malaysia berjumlah RM110 bilion, hampir dua kali ganda melebihi sasaran di bawah inisiatif Pelan Tindakan Digital Malaysia (MyDigital).
Thailand, Bank Dunia kukuh kerjasama dalam transformasi air, EEC dan digital
Thailand komited untuk mengembangkan kerjasama dengan institusi kewangan antarabangsa itu supaya ia memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
Semua urusan perkhidmatan dalam aplikasi MyJPJ boleh digunakan pada 2025
Rospiagos berkata, sasaran itu selaras dengan hasrat JPJ ke arah pendigitalan sepenuhnya menjelang 2025.
Langkah MYDIN sahut pendigitalan ekonomi, usaha terpuji, wajar dicontohi - Fahmi
Katanya, MYDIN melakukan anjakan paradigma yang harus diikuti syarikat-syarikat lain supaya kekal kompetitif dalam industri.