Mesyuarat peringkat tinggi pertama mengenai penurunan kuasa pada 13 Jun lepas bersetuju mengenai pembentukan sebuah jawatankuasa teknikal mengenai urusan itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata jawatankuasa itu akan mengandungi wakil yang dicalonkan kerajaan negeri Sarawak dan Sabah bersama-sama wakil kerajaan persekutuan dan sejarawan dari dua negeri tersebut.
Mesyuarat itu dipengerusikan bersama Nancy dan Menteri Persekutuan dari Sabah, Datuk Seri Anifah Aman.
Ia dihadiri Peguam Negara (Tan Sri Mohamed Apandi Ali); wakil kerajaan persekutuan; wakil kerajaan Sabah iaitu setiausaha kerajaan negeri dan peguam besar negeri; dan wakil kerajaan Sarawak iaitu timbalan peguam besar negeri dan pengarah Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri.
Nancy berkata mesyuarat itu juga bersetuju bahawa jawatankuasa teknikal berkenaan akan mengenal pasti isu kegagalan pematuhan dalam konteks Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), Perjanjian Malaysia 1963, Akta Malaysia 1963, Perlembagaan Persekutuan dan laporan bertulis atau dokumen lain seperti
Laporan Suruhanjaya Cobbold, dan akan menyediakan syor serta penyelesaian untuk pertimbangan kerajaan persekutuan.
"Diharapkan, laporan pertama berdasarkan syor dan penyelesaian itu akan siap untuk dikemukakan kepada Kabinet persekutuan menjelang akhir tahun ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Kini tibalah masanya untuk kami mengemukakan hasrat rakyat Sarawak. Ia bukan lagi sekadar cakap semata-mata, tetapi untuk menunaikan apa yang disuarakan ketua menteri kami," katanya.
Pada 16 Mac 2014, tidak sampai dua minggu selepas Tan Sri Adenan Satem dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak, beliau berkata hubungan negeri ini dengan kerajaan persekutuan perlu mematuhi perlembagaan.
Bercakap tentang perkara sama, pada 1 Jan tahun ini, Nancy menyambut baik usul yang dibentangkan kerajaan BN Sarawak semasa persidangan Dewan Undangan Negeri pada 8 Dis 2015 bagi mendapatkan mandat daripada kerajaan negeri untuk memelihara hak dari segi perlembagaan dan melindungi negeri ini demi kepentingan semua rakyat Sarawak.
Beliau berkata usul itu adalah antara langkah penting yang diperkenalkan di bawah kepimpinan Adenan yang berwibawa kerana ia tepat dengan masanya serta mewakili hasrat rakyat Sarawak sejak zaman sebelum penubuhan Malaysia lagi, seperti yang terkandung dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan dan Perjanjian Malaysia 1963.
Kesungguhan Adenan dalam memperjuangkan perkara itu untuk seluruh rakyat Sarawak bukan merupakan cakap semata-mata kerana pada 21 Jan tahun ini, beliau mengumumkan 13 perkara mengenai penurunan kuasa kepada kerajaan negeri, yang dipersetujui pada pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Nancy berkata 13 perkara itu sedang dipenuhi Putrajaya.
"Perdana menteri dan kerajaan persekutuan sama-sama prihatin dan responsif terhadap permintaan kerajaan Sarawak dan disokong oleh hakikat bahawa pemimpin tertinggi kedua-dua negeri mempunyai hubungan yang sangat baik dengan perdana menteri serta pemimpin persekutuan lain," katanya.
Beliau berkata perdana menteri dan kerajaan persekutuan juga mengakui tentang kepentingan peristiwa bersejarah yang mempunyai kesan terhadap negara itu setelah termeterainya Perjanjian Malaysia 1963.
Ia membawa kepada pelantikan Nancy dan Anifah oleh Kabinet persekutuan untuk meneruskan fasa kedua penurunan kuasa berkaitan hak kedua-dua negeri itu berlandaskan Perlembagaan Persekutuan berhubung Perjanjian Malaysia 1963, bersama-sama Jabatan Peguam Negara.
Bernama
Sun Jun 26 2016
Nancy berkata 13 perkara itu sedang dipenuhi Putrajaya. - Gambar fail
Enam ekor lembu mati dipercayai dibaham harimau belang
Seorang penternak terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM10,000 apabila enam ekor lembu peliharaannya mati dipercayai dibaham harimau belang.
AWANI Borneo [20/04/2024] - Tekad MADANI | Pusat aktiviti warga emas | Risiko habuk Gunung Ruang
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan;
#AWANIBorneo 20 April 2024
Rumit, tapi Anwar yakin miskin tegar di Sabah boleh disifarkan
Nancy kecewa tak ramai berminat tubuh PAWE di Sarawak
Jangan ambil ringan jika ada masalah pernafasan, ia mungkin angkara debu Gunung Ruang
#AWANIBorneo 20 April 2024
Rumit, tapi Anwar yakin miskin tegar di Sabah boleh disifarkan
Nancy kecewa tak ramai berminat tubuh PAWE di Sarawak
Jangan ambil ringan jika ada masalah pernafasan, ia mungkin angkara debu Gunung Ruang
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan umum akan bertanding
Gerakan sebulat suara memutuskan untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang bakal berlangsung pada 11 Mei depan.
Kerajaan diminta segera buka jalan Serudung-Simanggaris
Naib Pengerusi GRS Tan Sri iew Yun Fah menganggap pembukaan jalan sempadan antarta Serudung, Kalabakan dan Semanggris, Indonesia akan memeri limpahan rezeki kepada penduduk Sabah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
MOTS bekerjasama dengan pelbagai agensi selesaikan kes penumpang terkandas
Kementerian pengangkutan Sarawak (MOTS) akan terus bekerjasama dengan beberapa agensi dalam menyelesaikanisu penumpang terkandas akibat pembatalan penerbangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Letusan Gunung Ruang: Penduduk bergejala pernafasan diminta dapatkan rawatan segera
Pengarah JKNS Datuk Dr, Asits Sanna meminta orang ramai yang memiliki tanda dan gejala pernafasan agar segera mendapatkan rawatan kerana dibimbangi tersedut debu Gunung Berapi Ruang.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kanak-kanak dua tahun lemas dalam tasik berhampiran masjid
Mangsa terjatuh ke dalam tasik berdasarkan maklumat diperoleh daripada keluarga mangsa yang berada di masjid itu untuk menunaikan solat Zuhur.
Pusat Jantung Negara akan diwujudkan di Sabah dengan peruntukan segera RM80 juta - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan segera RM80 juta bagi menaik taraf Hospital Queen Elizabeth II kepada Hospital Pakar Jantung.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Ekonomi Sabah di landasan tepat - Hajiji
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan GRS berjaya meletakkan Sabah di landasan betul dengan pertumbuhan positif ekonomi negeri itu sejak tiga tahun lalu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah
Usaha membangunkan Wilayah Persekutuan Labuan perlu diperkasakan dan melalui proses transformasi supaya wilayah itu berada pada landasan tepat bagi menuju era digitalisasi.
Anifah Aman kecewa masalah air Labuan berlarutan, sukar tarik pelabur
Dewan Rakyat pada 13 Oktober lepas meluluskan RUU bagi meminda Akta SPAN 2006, bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh SPAN.
Bekas Menteri Luar Anifah Aman dilantik Pengerusi Perbadanan Labuan
Bekas Menteri Luar Senator Tan Sri Anifah Aman telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan (LC) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 19 Jun 2023.
Kerjasama kunci utama pamerkan potensi Asia - Anifah Aman
Kerjasama yang ikhlas dan bermakna merupakan kunci untuk mengungkap potensi besar Asia dan akan membolehkan terwujudnya aturan dunia multipolar.
Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC
Dewan Perdagangan Labuan (LCC) berharap Senator Datuk Seri Anifah Aman yang baru dilantik dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi pulau bebas cukai itu.
16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.
Utamakan segera pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan - Anifah Aman
Parti Cinta Sabah menggesa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sabah untuk mengutamakan pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
PRU15: "Saya tidak tahu perjanjian dengan Anifah" - Ismail Sabri
Perdana Menteri jawab dakwaan Anifah ditawar jawatan menteri oleh Presiden UMNO sekiranya BN tubuh kerajaan selepas PRU15.
PRU15: Anifah akan bantu kempen PH di Ranau - Anwar
Anifah akan membantu calon PH di Ranau yang diwakili oleh Apirin Jahalan @ Taufik Sham.
PRU15: Pertembungan dengan Daud Yusof ibarat 'rematch' - Mohamad Alamin
Mohamad menang PRK Kimanis pada Januari 2020 dengan majoriti lebih 2,000 undi menewaskan calon Warisan, Datuk Karim Bujang.