awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
34 projek sakit PR1MA siap sepenuhnya menjelang Mac ini
Kerajaan P.Pinang ambil tindakan atasi isu kesalinghubungan feri-rel
ATM masih dibarisi anggota berintegriti, ikhlas berkhidmat - Mohamed Khaled
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jeff Ooi beri keterangan berhubung tweet Haron Din

Astro Awani
Astro Awani
20/09/2016
12:38 MYT
Jeff Ooi beri keterangan berhubung tweet Haron Din
Siasatan keatas Ooi dibuat di bawah seksyen 298 Kanun Keseksaan. - Gambar fail
Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang kira -kira jam 2.40 petang Selasa untuk memberi keterangan berhubung tweetnya mengenai kematian Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din.
Ooi, yang ditemani peguamnya, RSN Rayer hadir memberi keterangan susulan lima laporan polis yang difailkan berhubung kenyataannya yang disifatkan tidak sensitif dan biadap.
Ooi bagaimanapun dibebaskan kira-kira jam 6.30 petang dengan jaminan polis.
Pada Isnin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan beliau menyerah diri dengan segera atau bakal berdepan tindakan ditahan polis sekiranya gagal berbuat demikian.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Farid Al-Atrash Wahid berkata, pihak polis dari Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi merakam percakapan Ooi sebaik ahli parlimen itu tiba bersama peguamnya.

Kes disiasat di bawah seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana mewujudkan ketidakharmonian, perpecahan atau perasaan permusuhan, kebencian dan berniat jahat yang boleh menjejaskan keharmonian atas alasan agama.
Topic Berkaitan
#Anggota Parlimen DAP
#Haron Din
#Jeff Ooi
#Ketua Polis Negara
#Khalid Abu Bakar
#RSN Rayer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan