Pihak pengurusan institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini yang menjemput penulis kontroversi Astora Jabat dalam sebuah program baru-baru ini perlu bertanggungjawab di atas tindakan tersebut.
Exco Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Negeri, Asmuni Awi berkata, jemputan itu juga di luar pengetahuan kerajaan negeri.
Tegasnya, sebarang ceramah agama yang dilaksanakan perlu mendapat kebenaran dan diluluskan oleh pihak berwajib.
"Kes ini sudah viral. Tetapi, siapa yang jemput, saya tak tahu. Dia (Astora Jabat) memang orang yang kontroversi, daripada dulu lagi. Dan difahamkan, tauliah pun tiada, pengajian pun tak tamat.
"Ini (jemputan) di luar pengetahuan saya. Saya pun dapat maklumat daripada persatuan akademik di IPTA (IPT awam) itu, mengatakan mereka pun tidak tahu menahu siapa yang menjemput.
"Mungkin pengurusan (yang menjemput). Apabila pengurusan (yang menjemput), Timbalan Naib Canselor kena bertanggungjawab dengan apa yang berlaku," katanya.
Asmuni berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIIM), di sini, hari ini.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyempurnakan perasmian majlis tersebut dengan diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
Pada Khamis, Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria menegur tindakan sebuah IPTA yang menjemput penulis kontroversi itu bagi menyampaikan ucapan dalam sebuah program.
Katanya, jemputan itu satu tindakan tidak teliti dan menunjukkan sikap tidak menghormati institusi fatwa yang telah mengeluarkan keputusan terhadap penulisan Astora berkenaan azab kubur.
Menurutnya, menerusi warta kerajaan bertarikh 29 Julai 2004, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang kali ke 161 pada 17 Disember 2003 bersetuju menolak kepercayaan azab kubur setelah wujud keterangan dari al-Quran dan Sunnah serta ijma ulama.
"Saya difahamkan beliau masih mengutarakan pandangan yang mengelirukan berteraskan logika akal semata-mata dan menyeru kepada pemikiran terbuka di khalayak umum termasuk pelajar yang masih tidak mempunyai asas ilmu kukuh.
"Dengan ini saya menzahirkan kekesalan ke atas pihak-pihak yang menjemput Astora kerana tindakan itu lebih menghasilkan kecelaruan dalam kalangan masyarakat daripada manfaat ilmu," kata Harussani dalam satu kenyataan.
Aida Aziz
Fri Oct 11 2019
Asmuni ketika ditemui di Institut Tadbiran Islam Perak di Ipoh hari ini. Astro AWANI
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
Jemput Astora Jabat luar pengetahuan kerajaan negeri - Exco
Sebarang ceramah agama yang dilaksanakan perlu mendapat kebenaran dan diluluskan oleh pihak berwajib.