awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Abu Hassan Omar selamat dikebumikan

Astro Awani
Astro Awani
09/09/2018
11:03 MYT
Jenazah Abu Hassan Omar selamat dikebumikan
Ahli keluarga dan rakan taulan mengikuti majlis pengebumian di Makam Diraja Shah Alam hari ini. - Astro AWANI
Jenazah bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam, hari ini.
Difahamkan, jenazah dikebumikan jam 2.50 petang tadi dengan kehadiran ratusan ahli keluarga, saudara-mara dan rakan Allahyarham.
Terdahulu, jenazah Allahyarham dimandi dan disembahyangkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Turut berkenan berangkat, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Hadir sama, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Ahli Parlimen Tanjung Karang Tan Sri Noh Omar, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid.
Abu Hassan, 78, meninggal dunia jam 8.05 malam semalam dipercayai akibat serangan jantung.
Allahyarham tidak sedarkan diri di rumahnya pada sebelah petang hari sama sebelum dibawa ke sebuah hospital swasta di Bukit Rimau, Kota Kemuning.
Beliau meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Wan Nor Daud, empat anak, 15 cucu dan seorang cicit.
Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor itu memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor ke-12 dari 6 Jun 1997 sehingga 9 Ogos 2000.
Abu Hassan yang dilahirkan pada 15 September 1940 di Bukit Belimbing, Kuala Selangor itu juga bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor (1978–1997) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang (1997–1999).
Allahyarham turut pernah berkhidmat sebagai Menteri Kebajikan Masyarakat (1985–1986), Menteri Wilayah Persekutuan (1986–1987), Menteri Luar (1987–1991) dan Menteri Hal Ehwal Pengguna dan Perdagangan Domestik (1991–1997).
Sebelum menceburi politik, beliau berkhidmat sebagai pegawai pentadbiran dan diplomatik (ado), ketua penolong setiausaha unit perancang ekonomi di jabatan perdana menteri, penolong setiausaha kerajaan negeri selangor dan penolong setiausaha tanah dan kementerian pembangunan wilayah persekutuan.
Abu Hassan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bukit Belimbing (1946–1950), Sekolah Tinggi Klang (1951–1957) dan Kolej Melayu Kuala Kangsar (1958–1959) sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di University of Hull, England.
Topic Berkaitan
#abu hassan omar
#ahli politik
#bekas menteri besar selangor
#jenazah dikebumi
#Makam Diraja Shah Alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan