awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RUU Pembaharuan Semula Bandar 2025 ditarik balik - Fahmi Fadzil
NRES diarah beri penjelasan '3 kampung Indonesia kini jadi wilayah Malaysia' - Fahmi Fadzil
10 ajaran sesat dikesan aktif di Malaysia - KP Jakim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah lima mangsa kemalangan dituntut keluarga selesai bedah siasat

Astro Awani
Astro Awani
13/12/2017
03:57 MYT
Jenazah lima mangsa kemalangan dituntut keluarga selesai bedah siasat
Dalam kejadian semalam, lima maut selepas kenderaan Perodua Viva yang dinaiki enam sekeluarga itu hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah bas ekspres. - Gambar fail
Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan di sini petang semalam dituntut oleh anggota keluarga untuk dibawa pulang ke Kluang pada kira-kira 10.50 pagi ini.
Terdahulu, proses bedah siasat yang bermula jam 12 malam tadi ke atas mangsa yang terlibat dalam nahas jalan raya di Km 176 Jalan Johor Bahru-Seremban petang Selasa itu, selesai dijalankan di Hospital Segamat.
Waris mangsa, Nizamudin Dzulkarnain, 31, berkata, semua jenazah akan dibawa ke rumah keluarganya di Kampung Mengkibol, Kluang, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hj Manan.
Dalam kejadian semalam, lima maut selepas kenderaan Perodua Viva yang dinaiki enam sekeluarga itu hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah bas ekspres.
Empat daripada mereka yang meningggal dunia di tempat kejadian dikenal pasti sebagai pemandu kereta Muhamad Abu Dujanah Dzulkarnain, 30, Zinnirah Abdul Hamid, 28, Nur Maghfirah Muhamad Abu Dujanah, 6, dan Muhammad Abu Ajwad Muhamad Abu Dujanah, 4.
Sementara bayi berusia tiga bulan, Nur Alia Humairah Muhamad Abu Dujanah, meninggal dunia pada 9.25 malam ketika dirawat di Hospital Segamat.
Seorang lagi mangsa, Nur Ghaziyah Athirah Muhamad Abu Dujanah, 3, sedang dirawat di hospital sama dan keadaannya dilaporkan kritikal.
Sejak awal pagi, kira-kira 50 ahli keluarga telah memenuhi ruang Jabatan Perubatan Forensik Hospital Segamat tersebut.
Dua jenazah terawal, iaitu jenazah pasangan suami isteri berkenaan, selesai dibedah siasat kira-kira jam 6 pagi manakala jenazah terakhir, anak sulung mereka, selesai proses bedah siasat jam 10.45 pagi.
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#jenazah
#keluarga
#kemalangan
#Kluang
#maut
#Segamat
#tuntut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan