awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah mangsa COVID-19 selamat dikebumi

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
18/03/2020
00:15 MYT
Jenazah mangsa COVID-19 selamat dikebumi
Jenazah mangsa jangkitan COVID-19 yang meninggal di Hospital Sultanah Aminah (HSA) tengah hari Selasa selamat dikebumikan kira kira pukul 9 malam tadi di tanah perkuburan Islam di Johor Bahru.
Jenazah mangsa wabak COVID-19 yang meninggal di Hospital Sultanah Aminah (HSA) tengah hari Selasa selamat dikebumikan kira kira pukul 9 malam tadi di tanah perkuburan Islam di Johor Bahru.
Jenazah lelaki berusia 34 tahun itu tiba di tanah perkuburan pukul 8.15 malam pada Selasa.
Hasil tinjauan mendapati kira kira 10 petugas dipercayai kakitangan hospital dilihat lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE) ketika urusan jenazah dilakukan.
Isteri dan anak allahyarham tidak dibenarkan terlibat dalam pengurusan pengebumian itu kerana masih lagi dikuarantin di Hospital Permai, di sini.
Pengamal media yang hadir juga tidak dibenarkan menghampiri kawasan perkuburan dan diminta menjarakkan diri pada kedudukan 50 meter.
Allahyarham merupakan pesakit ke-178 di Malaysia daripada kluster jangkitan perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling.
Dia mula mengalami gejala demam pada 5 Mac lalu sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Permai pada 12 Mac lalu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#gejala demam
#Hospital Permai
#jenazah
#kluster jangkitan
#koronavirus
#Masjid Jamek Sri Petaling
#perhimpunan tabligh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan