awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah mangsa kemalangan Kuala Nerus selamat dikebumikan

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
25/05/2019
14:30 MYT
Jenazah mangsa kemalangan Kuala Nerus selamat dikebumikan
Jenazah Hafiiz Mohd dan Siti Nur Shahila dimasukkan ke dalam van jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Awang Lib, Padang Nenas selepas proses pengurusan jenazah di Hospital Sultanah Nur Zahirah pada Sabtu. - BERNAMA
Ibu kepada wanita hamil yang maut dalam kemalangan di Kuala Nerus pagi tadi, rebah ketika pengebumian anaknya.
Saripah Mohd, 53 tahun yang tidak mampu menahan sedih, rebah ketika bacaan talkin di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Awang Lib, Padang Nenas di sini.
Saripah juga terpaksa dipimpin ahli keluarganya semasa menyiram air di pusara anaknya, Siti Nur Shahila Asla, 26 tahun, dan menantunya, Hafiiz Mohd Ibrahim, 29 tahun.
Ibu Hafiiz Mohd, Esah Abas, 66, (kiri) dan Saripah tidak dapat menahan kesedihan selepas melihat jenazah anak mereka di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada Sabtu. - BERNAMA
Ibu Hafiiz Mohd, Esah Abas, 66, (kiri) dan Saripah tidak dapat menahan kesedihan selepas melihat jenazah anak mereka di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada Sabtu. - BERNAMA
Jenazah pasangan muda yang maut ketika dalam perjalanan pulang dari Felda Chiku 5 di Gua Musang, Kelantan itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad pada pukul 9.15 malam Sabtu.
Sebelum itu, kedua-dua jenazah disembahyangkan di Masjid Kampung Padang Nenas selepas solat Maghrib.
Siti Nur Shahila sedang hamil lima bulan apabila kemalangan dua kenderaan di Kuala Nerus meragut nyawanya. - BERNAMA
Siti Nur Shahila sedang hamil lima bulan apabila kemalangan dua kenderaan di Kuala Nerus meragut nyawanya. - BERNAMA
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan yang dihadiri lebih 200 ahli keluarga, saudara mara dan penduduk kampung.
Dalam kemalangan pada pukul 9.20 pagi Sabtu, Siti Nur Shahila dan Hafiiz Mohd, yang baru mendirikan rumah tangga sembilan bulan lalu, antara empat yang maut apabila kereta Proton Wira Aeroback yang dipandu Hafiiz bertembung dengan sebuah kereta Peugeot.
BACA: Wanita hamil antara 4 mangsa maut nahas di Kuala Nerus
Dua lagi yang maut ialah pemandu kereta Peugeot, Anuar Said, 59, dan isterinya Che Khasliza Che Hussin, 53.
Siti Nur Shahila juga sedang hamil lima bulan.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Kuala Nerus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan