awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Pitt Hanif sudah ditemui pasukan SAR

Saharudin Musthafa
Saharudin Musthafa
27/10/2019
08:47 MYT
Jenazah Pitt Hanif sudah ditemui pasukan SAR
Jenazah Allahyarham Pitt Hanif yang lemas ditemui pasukan keselamatan pada Ahad. - Gambar Facebook FAUZIAH NAWI
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui jenazah, Pitt Hanif yang juga anak kepada pelakon Fauziah Nawi sebentar tadi.
Berkongsi berita sedih itu, Fauziah berkata, beliau baru sahaja dimaklumkan mengenai penemuan itu oleh adiknya yang berada di lokasi.
"Saya Hajjah Fauziah Haji Nawi ingin mengumumkan bahawa jenazah anak saya Mohd Firdaus Haji Mohamad Hanif ataupun dikenali sebagai Pit Hanif telah pun ditemui dalam keadaan yang sangat elok," umum Fauziah secara langsung di Facebook peribadinya.
Dalam keadaan sebak, seniwati itu berterima kasih pada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan Allahyarham Pitt sepanjang kehilangannya.
Pitt Hanif, 43, yang juga seorang pengarah filem lemas pada Sabtu ketika memancing di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela, Lipis, Pahang sekitar pukul 1 tengah hari pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#lipis
#mayat ditemui
#Pahang
#SAR
#Sungai Mela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan