awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jentera bomba 'cap ayam'? Jawatankuasa ditubuh siasat isu pembelian aset JBPM

Astro Awani
Astro Awani
19/04/2019
20:00 MYT
Jentera bomba 'cap ayam'? Jawatankuasa ditubuh siasat isu pembelian aset JBPM
Zuraida (depan, tengah) bersama-sama para pegawai dan anggota JPBM Perlis di Balai Bomba Kangar, 19 April, 2019. --fotoBERNAMA
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mewujudkan satu jawatankuasa bagi menyiasat dakwaan wujudnya pembelian aset Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang tidak mengikut spesifikasi sebenar atau diibaratkan sebagai 'cap ayam'.
Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata, lima jabatan dalam KPKT akan terlibat dalam jawatankuasa tersebut iaitu Bahagian Kewangan, Unit Audit, Unit Integriti, Bahagian Undang Undang serta Bahagian Pembangunan dan Pelaksanaan Projek.
Jelasnya, jawatankuasa yang dipengerusikan Timbalan Ketua Setiausaha KPKT Zamri Salleh ini telah memulakan perbincangan dan mesyuarat pertama berkenaan isu ini pada Khamis.
Beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan banyak jentera atau aset bomba tersadai dan tidak boleh digunakan, menegaskan ia tidak tepat.
"Ada yang kena repair, ada yang tunggu untuk inspection, tidak tersadai, seperti yang disebut itu. Itulah dapatan awal hasil Ketua Setiausaha KPKT sendiri yang melawat semalam, atau dua hari lepas.
"Itu dapatan yang dimaklumkan kepada saya," katanya kepada media pada Jumaat ketika perjumpaan bersama Exco Perumahan di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis.
Sementara itu, Zuraida menjelaskan, pihaknya turut akan melakukan siasatan teliti berkenaan isu ketirisan dalam syarikat pembekal AVP Engineering yang didakwa menyebabkan banyak jentera tersadai.
"AVP Engineering memang pembekal yang telah diluluskan ketika itu. Sama ada (Datuk Seri Abdul) Azeez (Abdul) Rahim adalah pemunya syarikat atau tidak, saya tidak pasti.
"Kita tak tahu sama ada ada ketirisan atau tidak, sehinggalah jawatankuasa itu buat siasatan, barulah kita tahu maklumat seterusnya," tambahnya.
Topic Berkaitan
#aset bomba
#AVP Engineering
#bomba
#cap ayam
#jawatankuasa
#jentera
#jentera tersadai
#Kangar
#Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
#ketirisan
#siasatan
#syarikat pembekal
#Zuraida Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan