awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: 16 kawasan catat IPU tidak sihat, Sarawak paling teruk

Astro Awani
Astro Awani
11/09/2015
11:06 MYT
Jerebu: 16 kawasan catat IPU tidak sihat, Sarawak paling teruk
Sebanyak 16 kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat pada jam 6 petang hari Jumaat. - Gambar Fail
Sehingga jam 6 petang Jumaat, 16 kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di seluruh negara dengan beberapa bandar di Sarawak merekodkan paras yang paling terjejas teruk akibat jerebu.
Di Sarawak, kawasan seperti Samarahan, Sri Aman dan Kuching masing-masing mencatatkan bacaan IPU 182, 177 dan 163.
Di Selangor, Pelabuhan Klang, Shah Alam, Petaling Jaya dan Banting mencatatkan paras IPU antara 112 hingga 116.
Di Wilayah Persekutuan di kawasan Batu Muda, Kuala Lumpur merekodkan bacaan IPU (120) manakala Putrajaya (108).
Sementara itu di Johor, dua kawasan mencatatkan IPU pada paras tidak sihat iaitu di Pasir Gudang (113) dan Larkin Lama (107).
Port Dickson, Seremban dan Nilai di Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan IPU 107, 127 dan 138, manakala Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai, Melaka mencatatkan bacaan IPU 104 dan 115.
IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) melaporkan bahawa pembenihan awan hanya akan dilakukan sekiranya IPU di sesuatu kawasan mencatatkan tahap tidak sihat untuk tempoh 72 jam secara konsisten.
Ketua Pengarah MET Datuk Che Gayah Ismail berkata ia adalah sebahagian daripada prosedur operasi standrad (SOP) yang ditetapkan dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.
Topic Berkaitan
#Indeks Pencemaran Udara
#jerebu
#Kuching
#larkin lama
#Pasir Gudang
#Samarahan
#Sri Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan