awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: 17 kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
18/10/2015
23:54 MYT
Jerebu: 17 kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini
Pencerapan Jabatan Alam Sekitar sehingga pukul 6 pagi tadi mendapati sejumlah 17 kawasan catat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat. - Gambar Fail
Kualiti udara hari ini terus mencatatkan kemerosotan apabila pencerapan Jabatan Alam Sekitar sehingga pukul 6 pagi tadi mendapati sejumlah 17 kawasan catat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.
Bacaan IPU tertinggi dicatat adalah di Seremban iaitu 167 diikuti dengan Tawau (165), Banting (153), Bandaraya Melaka (147), dan Batu Muda Kuala Lumpur (137).
IPU tidak sihat turut dicatat di Bukit Rambai Melaka (145), Nilai dan Port Dickson (143), Putrajaya (135), Pelabuhan Klang (134), Shah Alam (129), Petaling Jaya (122) dan Cheras Kuala Lumpur (117).
Di Johor beberapa kawasan turut mencapai IPU tidak sihat, iaitu di Larkin Lama (105), Muar (127) dan Pasir Gudang (102).
24 kawasan lain berada di kawasan sederhana manakala 9 kawasan lain pula merekodkan IPU di bawah 50.
IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).
Topic Berkaitan
#API
#IPU
#Jabatan Alam Sekitar
#Jabatan Meteorologi
#jerebu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan