Kualiti udara di negara ini pada keseluruhannya bertambah baik dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pagi ini menunjukkan penurunan dan tiada kawasan berada pada tahap sangat tidak sihat.
Setakat pukul 8 pagi ini, 18 kawasan mencatat bacaan tidak sihat iaitu lapan di Sarawak iaitu Sri Aman (170); Kuching (179); Samarahan (153); Sarikei (136); Sibu (127); Mukah (109); Bintulu (105); dan Samalaju (103).
Semalam, Sri Aman mencatat bacaan IPU pada tahap berbahaya iaitu melebihi 400.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sebanyak tiga kawasan di Selangor merekodkan bacaan IPU yang dikategorikan kualiti udara tidak sihat iaitu Shah Alam (108); Johan Setia (144); dan Banting (119); serta dua kawasan di Negeri Sembilan iaitu Nilai (139); dan Seremban (117).
Di Kuala Lumpur, dua kawasan masih mencatat bacaan IPU pada tahap tidak sihat iaitu Batu Muda (133) dan Cheras (142); manakala Putrajaya pula mencatat bacaan IPU 141.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 21 2019
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor kelihatan kabur ekoran cuaca yang terjejas akibat jerebu ketika tinjauan di sekitar Shah Alam pada Jumaat, 20 Sept, 2019. --fotoBERNAMA
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada umat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat
Antara kawasan yang menghampiri bacaan IPU tidak sihat seperti di Petaling Jaya (90) dan Banting (89) di Selangor.
Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Klang di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 154.
Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi
Empat kawasan di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Batu Pahat, Larkin catat IPU tidak sihat pagi ini
Dua kawasan di Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Dua kawasan catat IPU tidak sihat
Dua kawasan berkenaan ialah Bukit Rambai, Melaka dengan bacaan IPU 153 dan Larkin, Johor (126).
Tiga kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Setakat jam 6 pagi, Bukit Rambai di Melaka, mencatatkan bacaan IPU paling tinggi dengan paras 155.
11 kawasan di lima negeri, Lembah Klang catat bacaan IPU tidak sihat
Setakat jam 6 pagi Isnin, Banting di Selangor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat paling tinggi dengan paras 157.
17 kawasan di lima negeri, Lembah Klang catat bacaan IPU tidak sihat
17 kawasan di Lembah Klang, Perak, Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang serta Terengganu mencatatkan bacaan pada paras tidak sihat.
15 kawasan di lima negeri, Lembah Klang catat bacaan IPU tidak sihat
Bukit Rambai di Melaka dan Batu Pahat di Johor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat paling tinggi dengan paras 160.
Tiga kawasan di Johor catat bacaan IPU tidak sihat
Setakat jam 6 pagi Sabtu, Larkin mencatatkan bacaan IPU tidak sihat paling tinggi dengan paras 153.