Sebanyak 99 sekolah lagi di daerah Petaling Perdana, Kuala Selangor, Gombak dan Petaling Utama ditutup, menjadikan sekolah yang ditutup hari ini di Selangor ialah 214 sekolah.
Menurut Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan pagi ini, penutupan itu dibuat susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu melebihi 200, iaitu pada tahap sangat tidak sihat, bermula 12 tengah malam tadi.
"Penambahan 99 sekolah daripada 115 buah sekolah, dibuat berdasarkan bacaan IPU di stesen Shah Alam. Ini menjadikan jumlah pelajar yang terlibat dalam penutupan sekolah seramai 231,921 orang," menurut kenyataan itu.
Katanya, sebarang perubahan atau maklumat terbaharu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
BACA: Jerebu: Semua sekolah di Putrajaya masih ditutup
BACA: Jerebu: 115 sekolah di Selangor ditutup esok
Dalam kenyataan KPM malam tadi, sebanyak 115 sekolah di daerah Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat, Klang dan Sabak Bernam ditutup pagi ini, susulan keadaan jerebu yang serius di kawasan berkenaan.
Sementara itu, menurut laman web Jabatan Alam Sekitar setakat pukul 7 pagi ini, bacaan IPU di Shah Alam adalah 219, Petaling Jaya (202), Klang (202) dan Banting (187).
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 17 2019
Pengarah Pendidikan Wilayah Farizah Ahmad (tiga, kanan) memakaikan penutup hidung kepada pelajar Sekolah Sultan Alam Shah pada majlis penyerahan penutup hidung sumbangan Agensi Pengurusan Bencana Negara semalam, 17 Sept, 2019. --fotoBERNAMA
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Anak MB Perlis, empat lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini bersama empat individu lain.
Rasuah jenayah bersifat unik - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media.
Media arus perdana masih sumber paling dipercayai - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menasihatkan masyarakat tidak menjadikan berita di media sosial khususnya berkaitan siasatan dijalankan agensi penguatkuasaan sebagai sumber utama yang boleh dipercayai.
Mirzan, Mokhzani diberi lanjutan 30 hari oleh SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh lanjutan 30 hari bagi kedua-dua anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan aset masing-masing kepada pihaknya. Ini bermakna kedua-dua Tan Sri Mokhzani dan Mirzan perlu mengemukakan maklumat berkenaan aset yang dikumpul selama 43 tahun sejak tahun bapa mereka menjawat jawatan Perdana Menteri.
Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat
Antara kawasan yang menghampiri bacaan IPU tidak sihat seperti di Petaling Jaya (90) dan Banting (89) di Selangor.
Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Klang di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 154.
Jerebu: Lapan kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 5 petang
Lapan kawasan di Semenanjung merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara tidak sihat setakat 5 petang ini.
Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi
Empat kawasan di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Dua kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini
Berdasarkan laman web APIMS kendalian JAS, Klang di Selangor catat bacaan IPU tertinggi pada paras 153.
Jerebu: Batu Pahat, Alor Gajah catat IPU tidak sihat pagi ini
Batu Pahat di Johor dan Alor Gajah, Melaka merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini dengan bacaan IPU masing-masing 152 dan 151.
Batu Pahat, Larkin catat IPU tidak sihat pagi ini
Dua kawasan di Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Dua kawasan catat IPU tidak sihat
Dua kawasan berkenaan ialah Bukit Rambai, Melaka dengan bacaan IPU 153 dan Larkin, Johor (126).
Tiga kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Setakat jam 6 pagi, Bukit Rambai di Melaka, mencatatkan bacaan IPU paling tinggi dengan paras 155.
Jerebu: Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Empat kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini dengan Cheras di sini merekodkan bacaan tertinggi iaitu 160.