Situasi jerebu di Lembah Klang semakin buruk dengan lima daripada tujuh kawasan cerapan melepasi tahap sangat tidak sihat sejak awal pagi tadi.

Setakat jam 8 pagi ini, kawasan paling teruk terjejas ialah Johan Setia (256), Shah Alam (220), Klang (202), Petaling Jaya (204) dan Putrajaya (203).

Dua kawasan di Lembah Klang yang mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Batu Muda (191) dan Cheras (187).

Sementara itu, bacaan IPU sangat tidak sihat juga dicatatkan di Sri Aman, Sarawak (239), Nilai, Negeri Sembilan dan Balik Pulau, Pulau Pinang (211).

Kawasan lain yang mencatatkan bacaan sangat tidak sihat ialah Lumut (197) dan Taiping (180) di Perak; Kuala Selangor (196) dan Banting (188) di Selangor; Minden, Pulau Pinang (191); serta Kuching, Sarawak dan Alor Gajah, Melaka (173).

Turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Seremban (175) dan Port Dickson (159) di Negeri Sembilan; Sibu (166), Sarikei (157) dan Samarahan (154) di Sarawak.