Masalah jerebu yang melanda negara dijangka berakhir November ini berikutan ketibaan angin monsun dari arah timur laut yang akan menolak udara tercemar ke selatan wilayah Malaysia.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Datuk Che Gayah Ismail berkata monsun timur laut dijangka bermula pada minggu pertama atau kedua November dan akan berakhir pada minggu kedua Mac 2016.
"Mulai November, kita akan mengalami angin monsun timur laut...ini bermakna angin dari Laut China Selatan tidak akan bawa jerebu dari Indonesia dan pada waktu itu negara akan bebas daripada jerebu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau operasi pembenihan awan oleh Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (Mosti) di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, hari ini.
Berkenaan operasi pembenihan awan (OPA), beliau berkata Mosti melaksanakan 29 OPA bagi mengurangkan kesan jerebu sejak Mac lepas.
Jelasnya, operasi itu akan diteruskan di kawasan yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi tempoh 72 jam.
"Pembenihan awan telah berjaya menghasilkan hujan di beberapa kawasan yang dilanda jerebu teruk termasuklah di Lembah Klang," katanya.
Mengulas lanjut mengenai proses pembenihan awan itu, Che Gayah berkata bahan yang digunakan adalah garam masakan biasa yang dilarutkan bersama air sebelum disembur ke dalam awan.
Katanya, proses tersebut tidak mempunyai kesan sampingan terhadap kesihatanmanusia ataupun alam sekitar.
"(Berhasil atau tidak) proses (pembenihan awan) bagaimanapun mengambil kira faktor keadaan awan, atmosfera yang sesuai dan stabil serta udara lembap di kawasan sasaran," katanya.
Bernama
Fri Oct 23 2015
CHE GAYAH: Mulai November, kita akan mengalami angin monsun timur laut...ini bermakna angin dari Laut China Selatan tidak akan bawa jerebu dari Indonesia dan pada waktu itu negara akan bebas daripada jerebu. - Gambar Fail
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Langkawi kini dilengkapi sistem amaran awal tsunami - METMalaysia
Langkawi kini dilengkapi sistem amaran awal Tsunami dengan pemasangan kelengkapan pengesan dan amaran di beberapa lokasi di pulau ini.
Cuaca panas diramal beransur baik menjelang April - Jabatan Meteorologi
Musim peralihan monsun itu akan menyebabkan cuaca di negara ini akan kembali lembap dan mengurangkan suhu panas yang dialami ketika ini.
Cuaca panas akibat El-Nino dijangka hingga Mac ini
Orang ramai diminta supaya tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka dan banyakkan meminum air bagi mengelakkan dehidrasi.
Peningkatan hujan di Pantai Timur Semenanjung bermula Khamis
Pantai Timur Semenanjung dijangka menerima peningkatan hujan bermula Khamis ini.
Jerebu dijangka pulih November ini - Jabatan Meteorologi
Masalah jerebu yang melanda negara dijangka berakhir November ini berikutan ketibaan angin monsun dari arah timur laut yang akan menolak udara tercemar ke selatan wilayah Malaysia.
Jerebu dijangka pulih November - Jabatan Meteorologi
Datuk Che Gayah Ismail hari ini berkata jerebu yang melanda negara akan pulih sepenuhnya apabila angin timur laut mula bertiup pada November ini.
Jerebu teruk akibat ribut tropika Mujigae, dijangka pulih 5 Okt - Jabatan Meteorologi
Jabatan Meteorologi berkata fenomena jerebu tersebut berpunca daripada ribut tropika Mujigae yang melanda kawasan lebih kurang 1,300 kilometer arah barat laut Sabah.
Negara berdepan Monsun Timur Laut awal November
Kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia dijangka menerima jumlah hujan paras purata bagi bulan Oktober, November dan Disember kecuali Johor dan timur Pahang.
Jabatan Meteorologi Malaysia belum bercadang mengadakan pembenihan awan
Dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, MET hanya akan menjalankan pembenihan awan jika sesuatu kawasan itu mencatatkan tahap tidak sihat bagi tempoh 72 jam secara konsisten.
Impak fenomena El Nino dijangka kurangkan banjir pada musim tengkujuh
Menurut Jabatan Meteorologi, jangka hayat musim tengkujuk akan lebih panjang jika fenomena ini melanda di negara ini.