awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kurangkan gula, amalkan pemakanan sihat - PM Anwar
China kini miliki rangkaian pengecasan EV terbesar dunia dengan lebih 19 juta titik pengecasan
Dynamic Island pada iPhone generasi baharu dijangka tampil lebih kecil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Kawasan Sangat Tidak Sihat di Sarawak terus meningkat

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
19/09/2019
02:35 MYT
Jerebu: Kawasan Sangat Tidak Sihat di Sarawak terus meningkat
Keadaan ini menyebabkan 809 buah sekolah ditutup, yang menjejaskan 252,237 pelajar di seluruh negeri. - Foto JPBN Sarawak
Lima kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Sangat Tidak Sihat menjelang jam 6 pagi tadi, apabila indeks pencemaran udaranya merekodkan bacaan lebih 200.
Kawasan tersebut ialah Kuching 269; Samarahan 229; Sibu 231; Sarikei 221 dan Sri Aman 207.
Keadaan ini menyebabkan 809 buah sekolah ditutup, yang menjejaskan 252,237 pelajar di seluruh negeri.
Berdasarkan maklumat Jabatan Pendidikan Negeri, sejumlah 103 sekolah ditutup di Daerah Padawan, Kuching 90 manakala masing-masing 69 di Samarahan dan Saratok, sementara 65 di Serian.
Berdasarkan maklumat Jabatan Alam Sekitar, sejumlah 17 titik panas dikesan di Sarawak dengan lima daripadanya di Marudi; Tatau 3; Betong 2; Sri Aman 2; Song 2; Belaga 1; Julau 1 dan Pakan 1.
Pada masa yang sama, 386 titik panas dikesan di Kalimantan.
Difahamkan, pihak Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Negeri akan menggerakkan helikopter MI-17 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat dan pesawat Bombardier CL415 hari ini untuk melaksanakan pengeboman air di lokasi-lokasi titik panas kebakaran hutan.
Topic Berkaitan
#jerebu
#Kuching
#Samarahan
#sangat tidak sihat
#Sarawak
#Sarikei
#sekolah tutup
#Sibu
#Sri Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan