awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Melaka catat peningkatan 50 peratus pesakit asma

Raffi Bachik
Raffi Bachik
29/09/2015
11:00 MYT
Jerebu: Melaka catat peningkatan 50 peratus pesakit asma
Memang ada berlaku peningkatan sekitar 50 peratus pesakit yang mendapatkan rawatan sesak nafas dalam kalangan orang yang telah menghidap penyakit asma ini. -Gambar fail
Jumlah pesakit asma yang dilaporkan di Melaka meningkat 50 peratus berikutan masalah jerebu.
Exco Kesihatan Negeri Datuk Rahaman Yaakub berkata pesakit asma bertambah kepada 600 orang seminggu sejak jerebu mula melanda negeri itu, berbanding hanya 400 seminggu sebelum jerebu melanda.
"Memang ada berlaku peningkatan sekitar 50 peratus pesakit yang mendapatkan rawatan sesak nafas dalam kalangan orang yang telah menghidap penyakit asma ini," katanya ketika mengadakan lawatan singkat ke Hospital Melaka hari ini.
Bagaimanapun tiada kes serius yang dilaporkan setakat ini.
Beliau menambah kebanyakan pesakit yang mendapatkan rawatan asma merupakan pesakit yang mempunyai rekod lama berkaitan penyakit itu.
Selain asma, pesakit juga mengalami "Upper Respiratory Tract Infection" (URTI) dan konjunktivitis.
Beliau juga meminta semua pihak peka dengan keadaan jerebu menerusi Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar.
Topic Berkaitan
#Jabatan Alam Sekitar
#jerebu
#konjunktivitis
#pesakit asma
#Rahaman Yaakub
#URTI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan