Kerajaan Pulau Pinang telah mengeluarkan arahan untuk menangguhkan semua aktiviti sukan buat sementara waktu dalam keadaan jerebu yang bertambah buruk.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata memandangkan keadaah jerebu yang semakin buruk, semua aktiviti sukan yang berkaitan kerajaan negeri telah diarahkan untuk tangguh sehingga diberitahu kelak.
"Saya telah dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Soon Lip Chee bahawa beliau telah mengarahkan semua aktiviti sukan di negeri ini ditangguhkan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Keadaan berjerebu di negeri ini bertambah buruk hari ini selepas dua kawasan mencatatkan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat iaitu di Balik Pulau dan Minden, USM.
Berdasarkan maklumat Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), IPU di Balik Pulau direkodkan pada paras 136 manakala Minden, USM pula 107 setakat pukul 1 tengah hari tadi.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata sebanyak 100,000 topeng muka akan diedarkan kepada orang ramai di seluruh negeri melalui semua Anggota Dewan Undangan Negeri masing-masing.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya minum air yang banyak serta menghentikan semua aktiviti luar sehingga keadaan jerebu ini disahkan pulih.
"Kita akan mengedarkan topeng muka itu kepada orang ramai di mana keutamaan akan diberikan kepada warga emas dan kanak-kanak. Saya juga ingin menasihati orang ramai yang mempunyai sebarang masalah kesesakan nafas atau batuk untuk mendapatkan rawatan doktor segera," katanya.
Bagi sekolah-sekolah di Pulau Pinang, Phee berkata pihak Kementerian Pendidikan akan mengeluarkan arahan mengenai langkah-langkah yang harus dipatuhi dalam keadaan jerebu.
Katanya, sekiranya tahap IPU mencapai paras 200, maka sekolah-sekolah di kawasan itu akan ditutup.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 12 2019
Jambatan Pulau Pinang kabur berikutan keadaan jerebu yang melanda di negeri ini hari ini. - Foto Bernama
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jerebu: Pulau Pinang tangguhkan semua aktiviti sukan
Kerajaan Pulau Pinang telah mengeluarkan arahan untuk menangguhkan semua aktiviti sukan buat sementara waktu dalam keadaan jerebu yang bertambah buruk.