Kementerian Pendidikan hari ini memaklumkan semua sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tawau, Kuching dan Samarahan ditutup esok berikutan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan.

Perkara itu diumumkan menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid menerusi laman Facebook rasminya.

Bagaimanapun, katanya peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Kolej Vokasional diteruskan di bawah ‘Ops Topeng’.

Kementerian itu juga akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

Facebook Mahdzir Khalid
Kenyataan mengenai penutupan sekolah di laman Facebook Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Kualiti udara terus merosot dengan jumlah kawasan yang mencatat IPU tidak sihat meningkat daripada tujuh kawasan pagi tadi kepada sembilan kawasan.

Pencerapan Jabatan Alam Sekitar mendapati, sehingga jam satu tengahari, Tawau mencatat IPU tidak sihat tertinggi dengan bacaan (124).