awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Shah Alam catat bacaan IPU berbahaya

Astro Awani
Astro Awani
04/10/2015
01:51 MYT
Jerebu: Shah Alam catat bacaan IPU berbahaya
Pencerapan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga jam tujuh pagi tadi mendapati Shah Alam, Selangor merekodkan bacaan tertinggi dengan IPU 287, iaitu menghampiri bacaan IPU berbahaya.
Situasi jerebu di negara ini bertambah kritikal dengan Shah Alam mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berbahaya.
Pencerapan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga jam 9 pagi menunjukkan Shah Alam, Selangor merekodkan bacaan tertinggi dengan IPU 308.
Lima lagi kawasan merekodkan IPU sangat tidak sihat dengan bacaan tertinggi dicatat di Batu Muda, Kuala Lumpur (271), diikuti Petaling Jaya, Selangor (256), Banting, Selangor (249), Pelabuhan Kelang, Selangor (243) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (235).
Dua puluh empat kawasan lain mencatat IPU tidak sihat, dengan rekod bacaan tertinggi di Seremban, Negeri Sembilan (200), diikuti Nilai, Negeri Sembilan (198) dan Cheras, Kuala Lumpur (184).
Sebahagian besar kawasan di Sabah dan Sarawak pula mencatat IPU sihat dan sederhana.
IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Orang ramai boleh melayari laman web http://apims.doe.gov.my/v2/ untuk maklumat lanjut berhubung bacaan IPU semasa.
Topic Berkaitan
#bahaya
#IPU
#jerebu
#kualiti udara
#sangat tidak sihat
#shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan