Sebanyak tiga sekolah di Johan Setia, Klang dekat sini diarah tutup serta merta hari ini ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu melebihi 200 iaitu kategori tidak sihat setakat pagi ini.
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPS) dalam satu kenyataan memaklumkan sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Johan Setia, SK Jalan Kebun dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun.
Menurut JPS, mana-mana sekolah di negeri ini yang mendapati bacaan IPU di kawasan mereka melebihi 200, pihak pentadbiran perlu mengambil tindakan seperti mana dalam Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 1/2019 dengan menutup institusi itu serta merta sehingga keadaan kembali pulih.
"Penutupan sekolah tidak menjejaskan pelaksanaan semua jenis peperiksaan termasuk peperiksaan awam dan akan diteruskan seperti dijadualkan.
"Semua sekolah terlibat diingatkan supaya merujuk kepada surat siaran KPM berkaitan perkara ini dan mengambil tindakan selaras dengan kenyataan dalam surat berkenaan," kata kenyataan itu.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor Muhamad Radzi Abdullah ketika dihubungi Bernama memaklumkan tempoh penutupan ketiga-tiga sekolah tersebut adalah bergantung kepada bacaan IPU semasa.
"Sekiranya bacaan IPU menurun di bawah 200, sekolah akan dibuka semula seperti biasa, pihak sekolah harus mengikuti perkembangan bacaan IPU dan bertindak mengikut pekeliling yang dikeluarkan KPM itu," katanya.
Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar setakat pukul 9 pagi, bacaan IPU di Johan Setia adalah 213, Shah Alam (133), Klang (136), Banting (124), Petaling Jaya (126) dan Kuala Selangor (140).
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 12 2019
Tempoh penutupan ketiga-tiga sekolah tersebut adalah bergantung kepada bacaan IPU semasa. --fotoBERNAMA/Fail
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Dua kawasan di Sabah catat udara tidak sihat setakat 7 pagi
Politeknik Kota Kinabalu dan Kimanis masing-masing mencatatkan bacaan IPU 136 dan 118.
Jerebu: Batu Pahat, Larkin kekal catat IPU tidak sihat petang ini
Dua kawasan di Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini.
Jerebu: Bukit Rambai kekal catat IPU tidak sihat
Bukit Rambai di Melaka kekal mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini dengan bacaan 155.
Jerebu: Empat kawasan di Semenanjung catat IPU tidak sihat pagi ini
Antara kawasan yang mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah Batu Pahat (158) dan Larkin, Johor (137) diikuti Bukit Rambai, Melaka (156).
Dua kawasan rekod bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi
Bacaan IPU tertinggi dicatat di Nilai, Negeri Sembilan iaitu 151 diikuti Bukit Rambai, Melaka dengan 112.
Tujuh kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 5pm
Sebanyak tujuh kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, setakat 5 petang ini.
Dua stesen di Sarawak rekod bacaan IPU tidak sihat setakat 4 petang - JAS
Hanya dua daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu di Sri Aman dan Serian, Sarawak setakat 4 petang ini.
Hanya Cheras, Nilai masih catat bacaan IPU tidak sihat setakat 6 petang ini
Hanya dua kawasan sahaja mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 6 petang ini berbanding tujuh, pada 10 pagi tadi.
15 kawasan rekod bacaan kualiti udara tidak sihat
Cheras, Kuala Lumpur mencatatkan bacaan IPU paling tinggi setakat pagi ini iaitu 164.
Malaysia dilanda jerebu? Ini tip untuk elak alahan, semput, resdung!
Udara yang tidak sihat akan menyerang individu terutama yang menderita alahan atau masalah sensitif angin histamin.