Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho yang dikenali sebagai Jho Low amat rapat dengan keluarga bekas Perdana Menteri itu selepas beliau mengenali anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz.
Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, berkata, Jho Low mulai rapat dengan keluarga Najib sejak beliau mengenali Riza Shahriz semasa zaman remaja mereka dan semasa berurusan dengan ahli perniagaan itu beberapa kali, yang beliau (Jho Low) sendiri memaklumkan bahawa beliau rapat dengan keluarga berkenaan.
"Dalam pengetahuan saya, Datin Seri Rosmah Mansor juga sangat rapat dengan Jho Low kerana saya perasan Jho Low kerap menerima panggilan daripada Datin Seri Rosmah tetapi butiran perbualan mereka tidak pernah saya ambil tahu," katanya ketika membacakan penyataan saksinya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib.
Amhari Efendi, yang ketika itu bertugas di Bahagian Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata, Riza Shahriz yang memperkenalkan Jho Low kepada ibunya, Rosmah.
"Riza Shahriz juga memberitahu bahawa Datin Seri Rosmah tidak mempunyai halangan untuk Jho Low rapat dengan keluarga mereka," katanya yang memberi keterangan pada hari ketiga perbicaraan kes Najib yang didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang sama.
Amhari Efendi, yang merupakan seorang daripada saksi penting pendakwaan turut memaklumkan bahawa Jho Low sering memberitahunya bahawa beliau banyak kali berjumpa dengan keluarga Najib dan lebih tahu rancangan yang telah disusun oleh keluarga Najib yang perkara tersebut kadangkala berada di luar pengetahuannya sendiri sebagai pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri itu.
Menceritakan mengenai perkenalannya dengan Jho Low, saksi pendakwaan kelapan itu berkata, pertemuan pertama mereka berlaku dalam tahun 2007 iaitu sebelum beliau bertugas sebagai pegawai khas kepada Najib.
"Saya mula mengenali Jho Low yang saya panggil Jho semasa saya menjadi pegawai khas kepada Menteri Unit Perancang Ekonomi (EPU) iaitu Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi.
"Pada masa itu, Mohd Effendi mempunyai seorang pegawai komunikasi bernama Dennis See. Dalam satu urusan kerja Mohd Effendi di Pulau Pinang, Dennis telah mengajak saya untuk keluar berjumpa dengan seseorang yang sangat rapat dengan Najib, yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Menteri Pertahanan," katanya yang turut memaklumkan bahawa Dennis juga memberitahu bahawa Jho Low sangat rapat dengan keluarga Najib.
Amhari Efendi, yang memegang jawatan sebagai pegawai khas Najib selepas Najib dilantik sebagai Perdana Menteri pada April 2009 berkata, beliau telah berjumpa dengan Jho Low di sebuah restoran di Georgetown dan semasa pertemuan itu, beliau mendapati cara Jho Low bercerita berkaitan keluarga Najib seolah-olah ahli perniagaan itu berada dalam inner circle keluarga Najib dan Rosmah.
Sebelum itu beliau menjawat jawatan sama semasa Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri.
"Pada hari pertama saya melapor diri sebagai pegawai khas TPM pada September 2008, Jho Low ada menghubungi saya melalui pesanan ringkas yang mengatakan 'Bro, saya dengar anda berada di Pejabat TPM, tahniah dan kita akan saling berhubung,” katanya.
Amhari Efendi, yang kini tidak bekerja turut memaklumkan bahawa mengikut fahamannya, maksud Jho Low ialah mereka akan selalu berjumpa dan selalu berhubung disebabkan beliau (Jho Low) sendiri rapat dengan bossnya iaitu Najib.
"Saya pasti Jho Low mendapat tahu saya mula bertugas di pejabat TPM daripada Najib sendiri atau Rosmah kerana beliau memang rapat dan kerap berjumpa dengan mereka berdua (Najib dan Rosmah)," katanya.
Dalam pada itu, Amhari Efendi berkata, beliau telah ditemu duga oleh Najib sendiri di kediamannya di Jalan Langgak Duta bagi jawatan pegawai khas TPM, yang ketika itu disandang oleh Najib.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. - BERNAMA
Bernama
Tue Sep 03 2019
Jho Low (kanan) bersama keluarga Najib Razak. Turut serta seorang lagi kenalan mereka. - Gambar fail
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.