awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Manchester City selangkah ke Final Carabao Cup selepas tewaskan Newcastle
Liga Super: Kebangkitan lewat Sabah FC gagal sekat kemenangan Kelantan TRW
Tiga lelaki maut, tiga cedera parah dalam kemalangan di Gua Musang - Bomba
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jho Low hadiri parti Hollywood? Ini reaksi Ketua Polis Negara

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
10/10/2019
07:35 MYT
Jho Low hadiri parti Hollywood? Ini reaksi Ketua Polis Negara
Ujarnya, proses rundingan untuk membawa ahli perniagaan itu pulang masih berjalan dengan pihak berkuasa negara tersebut. - Gambar fail
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menafikan laporan sebuah portal berita Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low berada di negara itu.
Abdul Hamid berkata, Jho Low tidak mungkin berada di AS berikutan kawalan keselamatan di negara itu sama ada di laut, udara mahupun darat adalah sangat ketat yang sekaligus tidak memungkinkan Jho Low mampu menyelinap masuk.
Namun Abdul Hamid berkata, ahli perniagaan itu kini sedang mendapat perlindungan di sebuah negara.
Ujarnya, proses rundingan untuk membawa ahli perniagaan itu pulang masih berjalan dengan pihak berkuasa negara tersebut.
"Kalau itu berlaku di bawah hidung pihak berkuasa Amerika Syarikat amat memalukan. Tetapi saya yakin tidak, dia masih di sana, di tempat yang saya sebut itu, mendapat perlindungan, saya masih bersabar dan berunding.
"Beri masa untuk mematuhi semangat bekerjasama. Kerjasama negara dalam hal kepolisan memburu penjenayah," katanya dalam sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Pasukan Polis Marin ke-72 di Markas Pasukan Marin Wilayah Satu, Batu Uban, di George Town pada Khamis.
Beliau mengulas laporan sebuah portal di AS, Page Six pada 28 September lalu, yang melaporkan Jho Low yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkemungkinan berada di negara itu.
Ini berikutan sumber memaklumkan portal terbabit mendakwa melihat kelibat individu seperti Jho Low menghadiri parti makan malam tertutup di kediaman seorang penerbit di Hollywood Hills.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Abdul Hamid Bador
#Amerika Syarikat
#Hollywood
#Jho Low
#keselamatan
#Ketua Polis Negara
#Low Taek Jho
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan