awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketibaan antarabangsa ke Vietnam catat rekod baharu pada 2025, meningkat lebih 20 peratus
Lapangan terbang Bali pasang pengimbas terma bagi kesan kes Super Flu
Tiada penalti ketidakpatuhan e-Invois dengan syarat pembayar cukai ikut peraturan - LHDN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jho Low sedang usaha beli harta di Cyprus - KPN

Hilmi Malik
Hilmi Malik
06/11/2019
06:29 MYT
Jho Low sedang usaha beli harta di Cyprus - KPN
Low Teik Jho atau dikenali sebagai Jho Low sedang berusaha membeli tanah menggunakan nama seseorang individu di Cyprus, kata Abdul Hamid Bador. - Gambar Astro AWANI
Ahli perniagaan diburu, Low Teik Jho atau dikenali sebagai Jho Low sedang berusaha membeli tanah menggunakan nama seseorang individu di Cyprus.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, perkara itu dirungkai hasil tangkapan individu yang dilakukan beberapa minggu lepas.
"Kita ada buat tangkapan sebenarnya secara diam-diam tiga empat minggu lepas, hasil tangkapan kita dapat maklumat Jho Low sedang usaha beli harta menggunakan nama seseorang di Cyprus," katanya dalam sidang media di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur pada Rabu.
Beliau sebelum itu menyempurnakan pelancaran Buku Manual dan Arahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.
Mengulas mengenai keberadaan ahli perniagaan itu, Abdul Hamid optimis, Jho Low masih lagi berada di tempat persembunyian dan amat sukar untuk keluar dari negara yang melindunginya.
Dalam masa sama, beliau kecewa dengan pihak negara tertentu yang enggan memberi kerjasama dalam misi memburu ahli perniagaan berusia 38 tahun itu.
"Selama ini kita bagi kerjasama terbaik terutamanya hal kepolisan tetapi saya kecewa permintaan saya tidak dilayan sebaliknya memberi alasan yang tidak munasabah", kata Abdul Hamid lagi.
Jho Low yang menjadi buruan ekoran skandal kewangan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dilaporkan di sebuah negara yang melindunginya dan polis sedang berusaha menjejakinya.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Abdul Hamid Bador
#Cyprus
#Jho Low
#Ketua Polis Negara
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan