Tutup

Jika saya dianggap berjaya, ia hasil didikan guru - Tun Mahathir

Jika saya dianggap berjaya, ia hasil didikan guru - Tun Mahathir
Pengorbanan para pendidik dalam menyalurkan ilmu seharusnya dihargai kerana mereka sentiasa berusaha memastikan anak bangsa menjadi yang terbaik.
KUALA LUMPUR: Tanggal 16 Mei merupakan satu hari yang sangat bermakna buat semua pendidik.

Tidak kiralah sama ada mereka mengajar di pra sekolah, sekolah rendah, menengah, hinggalah ke peringkat institut pengajian tinggi.

Pengorbanan para pendidik dalam menyalurkan ilmu seharusnya dihargai kerana mereka sentiasa berusaha memastikan anak bangsa menjadi yang terbaik.

Sempena dengan Hari Guru 2019 hari ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan Hari Guru melalui akaun media sosial miliknya.
Katanya, jika beliau dianggap berjaya, ia merupakan hasil didikan guru di samping ibu bapanya.


 


Sementara itu, ini pula merupakan ucapan daripada jemaah menteri buat para pendidik di Malaysia.

 






Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan juga turut membuat ucapan Hari Guru untuk semua guru di Malaysia.