awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKM dan Baitulmal perlu ambil kira kesusahan penduduk dalam bandar - Johari

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
17/12/2017
08:53 MYT
JKM dan Baitulmal perlu ambil kira kesusahan penduduk dalam bandar - Johari
Syarat kelayakan bantuan kebajikan yang khusus kepada masyarakat bandar wajar dipertimbangkan. - Gambar fail
Syarat kelayakan bantuan kebajikan yang khusus kepada masyarakat bandar wajar dipertimbangkan.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal perlu menilai semula ciri-ciri miskin bandar memandangkan kos sara hidup yang berbeza dengan masyarakat luar bandar.
"Bagi keluarga yang mempunyai isi pendapatan RM3,000, tetapi mempunyai anak 5 atau 6 orang dan menetap di bandar, mungkin berdepan dengan masalah.
"Jika di luar bandar, mungkin pendapatan itu sudah cukup selesa.
"Jika berdasarkan JKM atau Baitulmal, kriteria yang ditetapkan buat masa ini tidak membolehkan golongan dengan pendapatan itu mendapat bantuan," kata Johari ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kelengkapan Sekolah, Program 'Back To School' TNB 2018 di Titiwangsa, hari ini.
Oleh itu, beliau mencadangkan supaya agensi kerajaan seperti JKM dan Baitulmal mewujudkan dua kriteria berbeza supaya membolehkan bantuan disalurkan kepada setiap rakyat.
"Sebagai wakil rakyat, saya mahu pastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus pendidikan yang diberikan kerajaan.
"Walaupun kerajaan sudah menyediakan prasaranan seperti sekolah dan bantuan lain, mungkin ada yang tidak mampu menghantar anak ke sekolah.
"Jadi saya mahu bawa perkara ini ke Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya setiap keluarga yang tidak mampu boleh mendapat bantuan bulanan," ujar beliau.
Johari turut meningatkan orang ramai yang mahu memohon bantuan untuk bersedia dengan pengesahan dokumen yang sudah ditetapkan, supaya permohonan berjalan lancar.
Topic Berkaitan
#Baitulmal
#jkm
#JOHARI ABDUL GHANI
#masyarakat bandar
#pendidikan
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan