Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak sedang menjalankan aktiviti pengesanan dan ujian saringan kontak rapat COVID-19 termasuk semua pesakit yang dirawat seorang anggota kesihatan di sebuah klinik kesihatan di sini.
Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Ding Lay Ming berkata ini berikutan anggota kesihatan yang dimaksudkan merupakan kes positif COVID-19 yang telah dilaporkan semalam.
Beliau berkata anggota kesihatan itu telah menjalani saringan selepas menunjukkan gejala jangkitan saluran pernafasan di sebuah klinik kesihatan pada Rabu lepas sebelum ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) COVID-19 didapati positif pada keesokannya.
"Ketika ini, anggota terbabit telah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. Siasatan rapi untuk mengesan punca jangkitan masih dijalankan.
"Saringan awal ke atas lima orang kontak keluarga yang tinggal serumah dengan anggota ini didapati negatif untuk COVID-19," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.
Dr Ding berkata pihaknya mengambil maklum mesej tular di laman sosial melibatkan seorang lelaki yang marah terhadap tindakan anggota kesihatan itu yang masih menjalankan tugas meskipun mempunyai gejala jangkitan saluran penafasan.
Terdahulu, tular di Facebook, seorang lelaki menyatakan isteri dan anaknya diminta untuk membuat saringan COVID-19 selepas seorang anggota kesihatan yang menjalankan tugas di kemudahan berkenaan positif COVID-19.
Turut dinyatakan, isteri dan anaknya telah menerima rawatan daripada jururawat berkenaan ketika menjalankan pemeriksaan rutin di klinik kesihatan itu.
Mengulas lanjut, Dr Ding berkata anggota kesihatan berkenaan sebelum ini mempunyai gejala Influenza Like Illness (ILI) dan bukan diletakkan sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) untuk jangkitan COVID-19.
"Anggota itu juga tidak mempunyai sejarah mengunjungi kawasan yang sedang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) (secara pentadbiran) di Kedah dan tiada sejarah kontak rapat dengan mana-mana kes positif COVID-19 sebelum ini.
"Sepanjang menjalankan tugas dalam tempoh ini, anggota ini sentiasa memakai pelitup muka dan mengamalkan kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau menggunakan pensanitasi tangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 08 2020
JKN Perak sedang menjalankan pengesanan dan saringan kontak rapat COVID-19 seorang anggota kesihatan di sebuah klinik kesihatan di sini. - Gambar fail
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan kententeraan lanjut
Seorang komander Pengawal Revolusi Iran berkata, Iran boleh mengkaji semula "doktrin nuklear" berikutan ancaman Israel.
Niaga AWANI: Harga bahan api: Mekanisme sesuai dilaksana, dorong guna tenaga lebih cekap
Bagi menyambut usaha tindakan perubahan iklim global, Malaysia menyasarkan untuk mencapai keseimbangan melalui pelaksanaan mekanisme penetapan harga bahan api yang bersesuaian dalam mendorong kepada penggunaan tenaga yang lebih cekap dan peralihan kepada RE; tetapi pada masa yang sama mengambil kira impak sosioekonomi terhadap rakyatnya.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Kuda lumba dikesan cuba 'curi-curi' naik kereta api
Haiwan itu dilihat muncul di stesen Warwick Farm di NSW dan berlari menuju ke garisan kuning platform seperti menunggu ketibaan kereta api.
Bajir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
AWANI Pagi: Jom derma darah, jalankan tanggungjawab sosial anda
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham membincangkan mengenai kepentingan menderma darah khususnya untuk membantu mereka yang alami masalah darah disebabkan keturunan atau menghidapi kanser darah. Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara KKM, Dr Tun Maizura Mohd Fathullah mengajak masyarakat di luar sana tampil menyahut seruan murni ini.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Situasi terkini letusan Gunung Ruang di Sulawesi
Untuk berkongsi perkembangan terkini letusan Gunung Berapi Ruang, di talian secara Google Meet ialah Feri Ariyanto, komunikasi badan nasional pencarian dan pertolongan (Basarnas) Manado Sulawesi.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan ketenteraan lanjut
Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang operasi ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan Iran.
JKN Perak kesan kontak rapat dirawat anggota kesihatan positif COVID-19
JKN Perak sedang menjalankan aktiviti pengesanan dan ujian saringan kontak rapat COVID-19 termasuk semua pesakit yang dirawat seorang anggota kesihatan di sebuah klinik kesihatan di sini.