awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fahmi ingatkan rakyat manfaat teknologi secara bijak sempena tahun baharu 2026
Helikopter Super Lynx TLDM mendarat cemas di perairan Pantai Klebang
Penguasaan AI, profesionalisme dan kesejahteraan rakyat panduan PDRM depani cabaran 2026 - KPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor dilanda banjir, satu pusat pemindahan dibuka di Ledang

Bernama
Bernama
06/02/2016
15:02 MYT
Johor dilanda banjir, satu pusat pemindahan dibuka di Ledang
Dua kampung di daerah Ledang dilanda banjir kilat hari ini berikutan hujan lebat sejak petang semalam. - Gambar fail
Sebuah pusat pemindahan banjir dibuka di daerah ini berikutan paras air yang kian meningkat di dua kampung terlibat selepas hujan lebat sejak petang semalam.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Ledang Suhaila Omar berkata seramai 55 orang penduduk melibatkan 11 keluarga dari Kampung Seberang Gajah dan Kampung Sialang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Sialang, di sini hari ini.
Beliau berkata kesemua mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan tersebut selepas air tiba-tiba membanjiri rumah mereka pada pukul enam petang tadi.
"Kesemua mangsa, termasuk bayi dua bulan sehingga mangsa berumur 75 tahun dalam keadaan baik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata keputusan untuk memindahkan mangsa diambil kerana bimbang akan keselamatan mereka apabila paras air semakin meningkat setelah hujan turun sejak petang semalam.
Suhaila berkata segala kelengkapan buat mangsa banjir telah disediakan dan perpindahan mereka turut dibantu pelbagai pihak termasuk Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Pejabat Kesihatan Daerah.
Topic Berkaitan
#banjir
#JPAM
#ledang
#pusat pemindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan