Tutup

Johor nafi ada ancaman tsunami bulan ini

Johor nafi ada ancaman tsunami bulan ini
Beberapa hari lepas, satu khabar angin menjadi tular di aplikasi sosial Whatsapp dan Facebook mengenai ancaman tsunami yang bakal melanda Johor dan Singapura. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri menafikan khabar angin kononnya akan berlaku ancaman tsunami di Johor pada bulan ini sepertimana dakwaan yang tular di laman sosial sejak beberapa hari lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor Dr Sahruddin Jamal berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang maklumat berhubung perkara itu.
"Sampai sekarang, saya belum dimaklumkan lagi dan saya tak rasa akan ada tsunami memandangkan Johor (kedudukannya) dilindungi Pulau Jawa dan Pulau Kalimantan.Tetapi apa pun, saya akan periksa dengan Jabatan Meteorologi dan setakat ini, memang tiada ada apa-apa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Pemasyhuran Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di sini, hari ini.Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan khabar angin yang belum disahkan oleh pihak yang bertanggungjawab.
"Sebetulnya, apa-apa pun isu kita jangan terus menularkannya, selidik dahulu isu itu sama ada betul atau tidak dengan bertanyakan kepada pihak-pihak yang berkaitan, seperti saya, atau Jabatan Meteorologi," katanya.

Beberapa hari lepas, satu khabar angin menjadi tular di aplikasi sosial Whatsapp dan Facebook mengenai ancaman tsunami yang bakal melanda Johor dan Singapura.

Khabar angin itu turut mengandungi butiran lengkap mengenai kelajuan dan ketinggian tsunami yang bakal melanda.

-- BERNAMA


Tag: tsunami, tular, berita palsu, sahruddin jamal, ramalan cuaca, meteorologi



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.