awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor rekod kes kebakaran hutan, ladang tertinggi

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
11/11/2019
07:17 MYT
Johor rekod kes kebakaran hutan, ladang tertinggi
Antara punca utama kebakaran yang direkodkan ialah disebabkan pembakaran terbuka dilakukan petani-petani selain kecuaian. - Gambar fail
Sejumlah 1,433 kes kebakaran melibatkan ladang dan hutan dicatatkan di seluruh negara pada Ogos dan September lepas.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata, Johor merekodkan jumlah tertinggi iaitu 580 kes diikuti Selangor (226), Sarawak (193) dan Sabah (179).
Menurut beliau, antara punca utama kebakaran disebabkan kebakaran terbuka dilakukan petani-petani selain kecuaian.
“Antara langkah pencegahan yang telah diambil oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menggelakkan kebakaran terbuka adalah dengan mengaktifkan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan bagi menghadapi situasi jerebu negara.
“JBPM (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) sebagai mana yang dinyatakan dalam pelan tindakan tersebut, bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pemadaman dan pemantauan menggunakan aset-aset kebombaan seperti helikopter, jentera bomba, peralatan dan kelengkapan kebombaan dengan kekuatan 14,600 pegawai bomba di seluruh negara,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) mengenai rekod kes kebakaran terbuka yang berlaku di ladang serta hutan di Malaysia pada Ogos dan September lalu serta langkah pencegahan yang boleh dilaksanakan.
Selain itu, ujarnya, JBPM juga mengambil inisiatif melaksanakan program kempen penyebaran maklumat pencegahan melalui aktiviti pembelajaran dan kesedaran awam termasuk seminar keselamatan kebakaran merangkumi larangan pembakaran terbuka kawasan ladang dan hutan.
Mengenai tindakan ke atas tuan punya tanah yang terlibat dengan kebakaran terbuka, Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, perkara ini adalah di luar bidang kuasa KPKT.
“Perkara tersebut perlu dirujuk kepada Jabatan Alam Sekitar kerana siasatan perlu dibuat bagi mengenal pasti sama ada kebakaran tersebut dicetuskan oleh pemilik tanah, orang persendirian atau secara semula jadi,” katanya.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#hutan
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
#kes kebakaran
#ladang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan