awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor sedia mulakan sesi persekolahan

Bernama
Bernama
04/06/2020
09:30 MYT
Johor sedia mulakan sesi persekolahan
Mazlan Bujang (kiri) menyampaikan sijil penghargaan johan anugerah guru inovatif dan plak kepada Norhanidah Mohd Someran pada majlis anugerah dan penyampaian hadiah sempena sambutan Hari Guru peringkat negeri di JPN Johor hari ini. - Bernama
Johor bersedia untuk memulakan sesi persekolahan bagi pelajar tingkatan lima dan enam mengikut garis panduan yang ditetapkan bersama oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri Mazlan Bujang berkata sesi taklimat Penataraan Pembukaan Sekolah kepada 11 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah selesai diadakan semalam.
"Kita sentiasa bersedia apa jua kemungkinan (pembukaan sekolah) dan saya yakin dengan kepimpinan Pemangku Pengarah Pendidikan Negeri Johor begitu juga dengan para pendidik di negeri ini.
"Mereka (warga pendidikan) sentiasa bersedia termasuklah mengenai penjarakan sosial di dalam bilik darjah termasuk kemudahan aset, infrastruktur dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Guru Cemerlang di Jabatan Pendidikan Negeri Johor di sini, hari ini.
Beliau juga menambah sesi taklimat Penataraan berkaitan pembukaan sekolah seterusnya akan diberikan pula kepada semua pengetua di 1,187 sekolah di seluruh negeri ini.
Untuk rekod, terdapat 35,000 pelajar tingkatan lima manakala 1,500 pelajar tingkatan enam di 232 sekolah menengah di Johor.
Semalam, Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah akan diedarkan mulai hari ini bagi membolehkan pihak sekolah dan guru-guru membuat persediaan pembukaan sekolah selepas ditutup sejak 18 Mac lepas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Johor
#Kementerian Kesihatan
#Majlis Keselamatan Negara
#MKN
#sekolah
#sesi persekolahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan