awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JP-PBT akan bentang penyata selesaikan isu sampah haram di Selangor

Bernama
Bernama
04/02/2020
21:44 MYT
JP-PBT akan bentang penyata selesaikan isu sampah haram di Selangor
Mengambil contoh Klang, Dr Daroyah Alwi berkata banyak pencemaran berlaku akibat pembuangan sisa plastik oleh kilang plastik di daerah itu melibatkan kawasan di Sementa, Pelabuhan Klang dan Telok Gong. - Gambar fail
Jawatankuasa Pilihan Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT) Selangor akan membentangkan satu penyata kepada kerajaan negeri tahun ini, dalam usaha menyelesaikan masalah pengurusan sampah haram daripada kilang di negeri ini.
Pengerusinya, Dr Daroyah Alwi berkata penyata itu akan mengandungi tatacara pelaksanaan yang perlu dilakukan kerajaan negeri dalam menguruskan sampah termasuk sampah domestik seperti sampah kilang, sampah berjadual dan sampah binaan.
Mengambil contoh Klang, beliau berkata banyak pencemaran berlaku akibat pembuangan sisa plastik oleh kilang plastik di daerah itu melibatkan kawasan di Sementa, Pelabuhan Klang dan Telok Gong.
"Jika dilihat, terlalu banyak aktiviti pelupusan sampah haram berlaku di tempat tersembunyi dan kita tidak mahu perkara ini berterusan. Jadi kita adakan perbincangan dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang, Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan KDEB Waste Management untuk mengumpul maklumat bagi menyelesaikan masalah ini.
"Klang adalah antara lokasi yang mampu menarik minat pelabur tetapi masalahnya di sini adalah sampah daripada kilang tidak diurus dengan betul.
"Menerusi perbincangan dengan pihak terlibat, kami sasarkan penyata tersebut dapat disiapkan tahun ini," katanya selepas menghadiri sesi pendengaran tertutup JP-PBT mengenai pengurusan sampah haram di sini, pada Selasa.
Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri berkata penyata tersebut perlu dibuat lebih teliti dengan merujuk semua maklum balas daripada pihak berkuasa tempatan, JAS dan PTD di setiap daerah.
"Setiap kerja ini (pengurusan sampah) juga melibatkan kos kerana apabila ada sampah mesti ada punca.
"Jadi, kita perlu melihat garis panduan pengurusan sisa pepejal, sisa domestik dan sisa pembinaan ini dalam konteks yang lebih luas," katanya menambah ramai pihak akan dipanggil untuk mendapatkan solusi berhubung perkara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Daroyah Alwi
#garis panduan
#haram
#isu sampah haram
#Jawatankuasa Pilihan Pihak Berkuasa Tempatan
#JP-PBT
#kilang
#Klang
#pelupusan sampah
#pengurusan sisa
#penyata
#sampah
#Selangor
#sisa pepejal
#sisa plastik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan