awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Padah parkir bahu jalan, tiga kereta 'disagat' treler
Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa banjir di Johor kini 148 orang
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPAM diletakkan di bawah bidang kuasa JPM

Astro Awani
Astro Awani
29/07/2015
13:19 MYT
JPAM diletakkan di bawah bidang kuasa JPM
AHMAD ZAHID: Perkara ini adalah arahan Perdana Menteri dan ia diputuskan sebelum rombakan Kabinet berlaku.
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan diletakkan di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuat kuasa pada Rabu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dipertanggungjawabkan menerajui JPAM dalam bahagian pengurusan bencana alam.
Selaras dengan keputusan itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN), yang sebelum ini mengendalikan JPAM, akan lebih bertumpu pada koordinasi soal keselamatan negara membabitkan jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Jelas Ahmad Zahid, perkara ini adalah arahan Perdana Menteri dan ia diputuskan sebelum rombakan Kabinet berlaku.
Beliau yakin entiti baharu di bawah naungan JPM akan memperlihatkan kerajaan serius dalam memberi tumpuan khusus soal bencana alam yang tidak lagi di bawah kendalian MKN.
Ahmad Zahid ditemui selepas menghadiri majlis meraikan pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri bersama kakitangan KDN di Putrajaya, pada Rabu.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#JPAM
#JPM
#KDN
#MKN
#Shahidan Kassim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan