awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam lelaki ditahan bantu siasatan kes rusuhan di Melaka Raya
Trump cadang belanjawan ketenteraan AS$1.5 trilion bagi 2027, cetus kebimbangan perang
Gempa bumi magnitud 5.5 landa utara Peru - GFZ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPBN Sarawak guna kaedah sama jejaki kontak rapat kluster gereja

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
15/04/2020
10:58 MYT
JPBN Sarawak guna kaedah sama jejaki kontak rapat kluster gereja
UGGAH: Kita menggunakan kaedah yang sama, kita juga merayu kepada sesiapa yang mempunyai kontak dengan kes-kes positif untuk tampil membuat saringan. - Astro AWANI
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan menggunakan kaedah yang sama bagi menjejaki individu yang mempunyai kontak rapat dengan kes positif COVID-19 kluster gereja di negeri itu.
Ia merupakan kaedah yang digunakan dalam menjejaki individu yang mempunyai kontak dengan kluster tabligh di Sri Petaling, Kuala Lumpur.
Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerusi sidang media harian COVID-19 di Kuching pada Rabu.
“Kita menggunakan kaedah yang sama, kita juga merayu kepada sesiapa yang mempunyai kontak dengan kes-kes positif untuk tampil membuat saringan.
“Saya juga sudah menghubungi paderi tersebut dan saya dimaklumkan bahawa 600 ahli gereja akan tampil membuat saringan,” tambah Uggah.
Antara lain ujarnya terdapat satu pasukan khas yang bertanggungjawab bagi menjejaki individu yang mempunyai kontak dengan semua kes positif COVID-19 klluster tersebut.
“Ini merupakan satu pasukan khas yang membantu kita bagi melihat keadaan dengan lebih terperinci dan mereka akan mencadangkan langkah seterusnya.”
Sementara itu, mengulas mengenai lambakan hasil pertanian di negeri itu, Uggah berkata kerajaan negeri akan membantu para petani dan penternak dengan mengambil pendekatan menghadiahkan hasil keluaran yang tidak terjual kepada golongan yang memerlukan.
Menerusi sidang media sama, Sarawak mencatatkan lapan kes positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini kepada 371 kes.
Manakala 150 kes baharu pesakit dalam siasatan (PUI) direkodkan menyaksikan jumlah keseluruhan kes PUI sebanyak 2,419 kes.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#JPBN Sarawak
#kluster gereja
#kluster tablilgh
#Kuching
#Person Under Investigation
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan