Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menyita 64 pelbagai kenderaan klon sepanjang Januari hingga September tahun ini, dengan majoriti pemiliknya adalah penjawat awam.
Pengarah JPJ Kelantan Mahasan Mustapa berkata daripada jumlah kes tersebut, sebanyak 24 kes didakwa di mahkamah dan pemiliknya dikenakan denda berjumlah RM258,700 manakala 40 kes lagi dalam perbicaraan.
"Kenderaan yang ditahan majoritinya dimiliki penjawat awam. Mereka berminat terhadap kenderaan mewah kerana ditawarkan dengan harga yang jauh lebih murah terutama kenderaan pelbagai guna (MPV) termasuk Toyota Vellfire dan Toyota Estima.
"Penjual berkenaan menawarkan harga RM20,000 hingga RM30,000 untuk sebuah kereta berbanding harga sebenar mencecah RM200,000 dan keadaan itu mendorong ramai penjawat awam membelinya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Lima Unit MPV Ford Ranger dan Motosikal Kawasaki di JPJ Kelantan di sini, pada Khamis.
Penyerahan kenderaan tersebut bagi memudahkan tugas rondaan anggota JPJ termasuk di pejabatnya di Kuala Balah, Jeli; Bukit Jawa di Pasir Puteh; Labok di Machang; Laloh di Kuala Krai; dan Panji, Kota Bharu.
Mahasan berkata penjawat awam yang ditahan kebanyakannya memberikan alasan tidak mengetahui memiliki kenderaan klon adalah satu kesalahan bagi mengelak dikenakan tindakan.
"Sepatutnya pelanggan perlu bertindak bijak sebelum membuat keputusan untuk membeli kenderaan di pasaran.
"Mereka boleh mendapatkan khidmat nasihat dengan datang terus ke JPJ jika menghadapi situasi seperti itu. Ini kerana jika kereta ditahan, pemilik akan mengalami kerugian berlipat kali ganda," katanya.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati jika mahu membeli kereta mewah yang dijual secara langsung dengan harga murah. - BERNAMA
Bernama
Thu Oct 27 2016
Daripada jumlah kes tersebut, sebanyak 24 kes didakwa di mahkamah dan pemiliknya dikenakan denda berjumlah RM258,700 manakala 40 kes lagi dalam perbicaraan. - Foto Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
JPJ kesan lebih 16,000 kes pandu lebih had laju menerusi Ops Khas HRA 2024
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan 16,142 kes memandu melebihi had laju menerusi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS).
JPJ Pulau Pinang keluar 166 saman dalam Ops Khas Bersepadu
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 166 saman hasil pemeriksaan terhadap 455 kenderaan menerusi Ops Khas Bersepadu di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).
JPJ terima 3,440 aduan kesalahan jalan raya menerusi e-aduan@JPJ, e-mel
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima 3,440 aduan daripada orang ramai membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya yang disalurkan menerusi aplikasi MyJPJ dan e-mel.
Ops Tahun Baru Cina 2024: Bas persiaran ditahan, pemandu tiada lesen - JPJ
Bas persiaran itu ditahan ketika pemeriksaan dokumen ke atas pemandu dalam satu operasi di Plaza Tol Kemuning, Shah Alam.
JPJ Selangor catat peningkatan 32 peratus pengeluaran notis tahun lepas
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor mencatatkan peningkatan sebanyak 32 peratus pengeluaran notis dengan 349,289 notis atas pelbagai kesalahan tahun lepas berbanding 263,786 notis pada 2022.
JPJ keluar 331 notis daripada 1,308 kenderaan diperiksa dalam Op Khas
JPJ mengeluarkan 331 notis atas pelbagai kesalahan daripada pemeriksaan terhadap 1,308 kenderaan menerusi Op Khas Kenderaan dan Premis Pelancongan selama dua hari bermula semalam di Kedah dan Perlis.
JPJ Pulau Pinang keluar 103 notis saman pelbagai kesalahan
Sebanyak 103 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan, termasuk kenderaan berat serta penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
132 kenderaan diambil tindakan dalam Operasi Khas Kenderaan Komersial
Sebanyak 346 notis kesalahan turut dikeluarkan ke atas pemandu dan pemilik kenderaan sepanjang operasi berkenaan.
JPJ Kelantan sita 196 kenderaan dipandu warga asing tanpa geran milikan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menyita sejumlah 196 kenderaan yang digunakan warga asing tanpa geran milikan sejak Januari hingga September tahun ini.
JPJ diarah perbaiki sistem JPJeBid - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperbaiki sistem JPJeBid yang berdepan kekangan kapasiti pada waktu puncak.