Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan bahawa 300,000 masyarakat India di negara ini tidak mempunyai kad pengenalan atau berhadapan masalah kewarganegaraan apabila bilangan mereka yang tampil pada program MyDaftar terlalu kecil jika dibandingkan dengan jumlah itu.
Ketua Pengarahnya Datuk Mohd Yazid Ramli berkata sejak MyDaftar dimulakan pada 2011 dan program Mega MyDaftar 2017, hanya 1,813 permohonan diterima di 19 lokasi seluruh negara, sejak 5 Jun lepas.
Katanya, program dengan kerjasama Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan (SITF) dan Jabatan Perdana Menteri itu akan diteruskan ke empat lagi lokasi iaitu Kuantan hari ini, Seberang Perai, Pulau Pinang; Temerloh, Pahang sebelum berakhir di Putrajaya pada 22 Jun ini.
"Daripada 1,813 permohonan, 1,018 orang mahu mendapatkan khidmat nasihat, mengambil borang atau membuat semakan terhadap permohonan sebelum ini.
"Sepanjang program ini berlangsung, JPN juga menerima permohonan daripada kaum lain. Kita mohon mereka yang ada masalah, tidak kira apa pun supaya hadir ke program ini kerana ia diadakan untuk memudahkan mereka berurusan dengan JPN," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Mohd Yazid juga memberi jaminan bahawa JPN akan cuba menyelesaikan masalah pemohon secepat mungkin, kerana pihaknya perlu menjalankan siasatan termasuk membuat semakan di hospital yang didakwa tempat kelahiran pemohon sebelum meluluskan permohonan itu.
Sementara itu, Pengurus SITF G. K Ananddan menyifatkan dakwaan 300,000 orang India mempunyai masalah kewarganegaraan adalah tidak lojik memandangkan jumlahnya terlalu besar jika dibandingkan dengan populasi kaum tersebut di negara ini yang dianggarkan seramai 2.1 juta.
Program MyDaftar juga menurut beliau setakat ini, telah menerima 12,000 permohonan masyarakat India melibatkan masalah berkaitan kelahiran, kad pengenalan dan kewarganegaraan.
Menurutnya daripada jumlah itu, 7,000 permohonan berjaya diselesaikan manakala bakinya masih dalam pertimbangan kerana masalah berkaitan dokumen tidak lengkap dan sebagainya, katanya.
Beliau juga menolak kemungkinan kaum India tidak sedar akan kewujudan program MyDaftar memandangkan publisiti telah diberikan menerusi media cetak dan elektronik, media sosial dan juga penyebaran brosur di lokasi tumpuan.
"Masalah kewarganegaraan berpunca akibat kurang kesedaran dan masalah gejala sosial dalam masyarakat sendiri. Kerajaan tidak wajar dipersalahkan dalam isu ini kerana tanggungjawab untuk mendaftar kelahiran terletak pada ibu bapa atau penjaga.
"Mereka yang seharusnya tampil melakukan urusan (pendaftaran). Tapi ada yang hanya berdiam diri dan datang berurusan dengan JPN apabila mengalami kesukaran seperti tidak boleh mendaftarkan anak ke sekolah kerana tiada sijil kelahiran," kata Ananddan.
Sehubungan itu, beliau meminta mereka yang mengalami masalah itu agar segera menyelesaikannya kerana semakin lama ia dibiarkan, semakin sukar untuk pemohon mengemukakan bukti mereka dilahirkan di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2017
Program MyDaftar telah menerima 12,000 permohonan masyarakat India melibatkan masalah berkaitan kelahiran, kad pengenalan dan kewarganegaraan.
Polis giat kesan tiga lelaki bakar anak kucing di Kajang
Perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.
Insiden tembakan KLIA: Suspek dituduh di Mahkamah Kota Bharu hari ini
Suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Sepang selepas pertuduhan.
Nahas helikopter Lumut: Sultan Pahang titah masjid laksanakan solat jenazah ghaib
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi itu yang mengorbankan 10 anggota TLDM.
Harimau Muda tutup kempen di Qatar tanpa sebarang kemenangan
Harimau Muda tamatkan kempen di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata susulan tewas 0-2 masing-masing di tangan Uzbekistan dan Vietnam dalam dua aksi pertama.
[LAPOR LANGSUNG] Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
Kedua-dua helikopter sedang menjalani raptai buat kali ketiga sempena sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini.
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM.
Nahas helikopter Lumut: 'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu'
Mohamad Amirulfaris sangat menjaga kebajikan ibu bapanya dan seorang yang sangat peramah dengan saudara-mara.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Nahas helikopter Lumut : “Anak saya wira negara” - Bapa
Mohamad Borak reda dengan apa yang berlaku kerana tragedi sebegini adalah resam sebagai pejuang negara.
JPN nafi 300,000 kaum India tidak punyai kad pengenalan
Ketua Pengarahnya Datuk Mohd Yazid Ramli berkata sejak MyDaftar dimulakan pada 2011 dan program Mega MyDaftar 2017, hanya 1,813 permohonan diterima di 19 lokasi seluruh negara, sejak 5 Jun lepas.