Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan ia tidak mempunyai kuasa untuk meminda status agama Islam dalam kad pengenalan mana-mana warganegara yang rekodnya pada jabatan itu disahkan sebagai beragama Islam tanpa sebarang pengesahan sebaliknya daripada Mahkamah Syariah.
Menurut JPN, sekiranya mana-mana individu mendakwa dirinya bukan beragama Islam tetapi rekod di jabatan itu mengesahkan beliau Islam, keputusan untuk meminda status itu adalah terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.
"Jabatan Pendaftaran Negara bukanlah agensi yang memutuskan seseorang itu telah keluar daripada agama Islam," kata jabatan itu dalam sepucuk surat kepada Astro AWANI.
Kenyataan JPN itu adalah maklumbalas kepada aduan Johann Lim Noordin yang disiarkan oleh Astro AWANI pada 19 Mei lalu.
Lelaki yang didaftarkan dengan nama Johann Lim Noordin bin Billy Noordin itu mendakwa beliau tidak pernah menganut agama Islam dan mahu status agama Islam pada kad pengenalannya ditukar. Beliau mendakwa sudah mengemukakan permohonan kepada JPN sejak tiga tahun lalu.
"Kalau mahu saya bawa 100 saksi bahawa saya bukan Muslim, saya akan bawa. Kalau mahu saya bawa 200 saksi yang melihat saya ke tokong Buddha dan bersama, saya akan bawa. Kalau mahu saya bawa 500 saksi yang nampak saya makan makanan tidak halal, saya akan bawa.
"Hakikatnya ialah saya bukan seorang Islam, tidak pernah lahir sebagai Islam atau tidak memeluk agama Islam. Saya tidak pernah menganut agama Islam," katanya dalam surat kepada JPN yang dikongsikan kepada media baru-baru ini.
(If u want me to produce 100 witness that will say i m not a muslim, i will produce. If you want me to produce 200 witness that seen me go to Buddhist temples and pray, i will produce. If you want me to produce 500 witness that seen me eat non halal food items, i will produce. The fact remains is this, I m not a muslim, nor born a muslim, nor converted a muslim. I was never a muslim to begin with!)
Dalam maklumbalasnya, JPN mengaku telah menerima permohonan Johann sejak tiga tahun lalu. Mengikut rekod jabatan juga, ibu lelaki itu berketurunan Cina dan beragama Buddha manakala bapanya berketurunan India dan beragama Islam. Johann pula didaftarkan sebagai berketurunan India dan beragama Islam.
JPN menjelaskan Johann tidak pernah mempersoalkan status agama Islam pada kad pengenalannya yang dikeluarkan sejak beliau berumur 18 tahun pada 28 Februari 2002. Beliau hanya mempersoalkannya apabila membuat permohonan untuk meminda status agama daripada Islam kepada Buddha pada 11 Oktober 2011.
Johann sebelum itu juga ada membuat pertanyaan kepada JPN melalui emel pada 28 September 2011. Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara ketika itu telah menasihati Johann supaya mendapatkan surat pengesahan daripada pejabat agama Islam yang berhampiran.
Dalam permohonannya, Johann mengemukakan sepucuk surat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang yang menyatakan nama beliau tiada dalam senarai pemeluk agama Islam di negeri itu dan oleh itu jabatan berkenaan "tidak dapat mengesahkan status agama beliau".
"Berdasarkan kedudukan di atas, maka Jabatan ini tetap menganggap Encik Johann Noordin bin Billy Noordin adalah beragama Islam," kata kenyataan JPN kepada Astro AWANI.
JPN bagaimanapun telah menasihatkan pemohon supaya mendapatkan keputusan daripada Mahkamah Syariah berhubung status agamanya dan jabatan itu "akan mematuhi apa saja keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah".
Linawati Adnan
Wed Jun 04 2014
Johann Noordin seorang Islam mengikut rekod JPN
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Hari Wesak: Sambut dengan falsafah utama, berbuat baik sesama insan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan agar Keluarga Malaysia menyambutnya dengan falsafah utama iaitu berbuat baik sesama insan.
PM Muhyiddin ucap Selamat Hari Wesak
Muhyiddin berharap perayaan tahun ini dapat memberi semangat dan iltizam baharu kepada semua penganut agama itu supaya terus cekal dalam mengharungi segala cabaran demi kebaikan bersama.
Agong dan Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan semoga hari yang bermakna kepada penganut agama Buddha ini disambut dalam kebiasaan baharu.
Ketua-ketua institusi agama Sarawak sepakat sokong program imunisasi COVID-19
Ketua institusi agama di Sarawak menyeru agar orang ramai menyokong program imunisasi tersebut untuk sama-sama menjayakan misi mencapai imuniti kelompok.
Rumah ibadat bukan Islam dibenar beroperasi sepanjang PKP
Operasi itu tertakluk kepada beberapa SOP tertentu termasuk kehadiran tidak melebihi 30 orang dalam satu-satu masa.
PKP 2.0: Sambutan Tahun Baharu Cina di Tokong Mek sunyi
Tokong tertua di negara ini ditutup, bagi sebarang aktiviti keagamaan, sebagai mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.
Wanita berbapakan Muslim, ibu penganut Buddha, diisytiharkan sebagai bukan Muslim
Tengku Maimun memutuskan Rosliza bukan orang yang menganut agama Islam kerana tidak ada bukti bahawa beliau adalah seorang Islam dengan kepercayaan yang sebenar.
Protes Thailand: Sami Buddha dilarang sertai demonstrasi
Pejabat Buddha Kebangsaan (NOB) Thailand mengeluarkan perintah yang melarang sami agama Buddha daripada menyertai sebarang protes.
SOP pembukaan rumah ibadat dimuktamadkan Isnin
Wakil pelbagai agama sudah bermesyuarat dengan Menteri Perpaduan Negara hari ini bagi mengemukakan pandangan sebelum keputusan dibuat.
Ingat mesej Buddha supaya tolak keganasan - PBB
Ketika ketidakadilan semakin meningkat, Setiausaha Agung PBB memperingati mesej Buddha agar masyarakat bersatu menolak keganasan.