JSJK mula siasat kes 47 rakyat Malaysia ditahan di Kemboja

JSJK mula siasat kes 47 rakyat Malaysia ditahan di Kemboja
Hasrat 47 warga Malaysia mencari pekerjaan di Kemboja bertukar menjadi mimpi ngeri apabila ditahan pihak berkuasa negara itu. - Gambar fail
KUCHING: Siasatan lanjut kes 47 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan pekerjaan di Kemboja akan dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sarawak.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua JSJ Komersil, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah dalam satu kenyataannya pada Isnin.

Menurutnya kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda jika disabit kesalahan.

BACA: 47 rakyat Malaysia jadi tahanan di Kemboja

Mengulas lanjut, Mustafa berkata setakat ini pihaknya telah menerima empat laporan berhubung kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.


Tambahnya, laporan pertama diterima pada jam 12.43 tengah hari.

Bagaimanapun. beliau tidak dapat mengulas secara terperinci kes tersebut kerana khuatir ia akan menjejaskan siasatan yang dijalankan.

Hasrat 47 warga Malaysia mencari pekerjaan di Kemboja bertukar menjadi mimpi ngeri apabila ditahan pihak berkuasa negara itu kerana disyaki terlibat sindiket judi dalam talian.

Kesemua mereka berlepas ke Kemboja pada 9 Disember dan ditahan pada 11 Disember di sebuah rumah di Poipet, Banteay Mancheay di pinggir Phnom Penh.

Mereka bagaimanapun telah dibebaskan pada Jumaat lalu (15 Feb) selepas beberapa perundingan dibuat dengan pihak kerajaan Kemboja dan Malaysia.

Kesemua mereka selamat tiba di tanah air pada Ahad, di mana kumpulan pertama seramai empat orang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 10.30 pagi.

Manakala penerbangan sewaan khas JC International Airlines dari Siem Reap, Kemboja tiba pada jam 1.30 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 1.30 petang.







Tag: rakyat Malaysia, mangsa penipuan, Kemboja, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, JSJK Sarawak, Kanun Keseksaan, Banteay Mancheay, Poipet



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.