awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jual Milo ais RM4.20: Medan selera diselar pengguna, terima notis tunjuk sebab

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
05/01/2016
05:04 MYT
Jual Milo ais RM4.20: Medan selera diselar pengguna, terima notis tunjuk sebab
Menurut KPDNKK Sarawak, siasatan akan dilakukan ke atas margin keuntungan untuk menentukan sama ada milo ais tersebut dijual pada harga yang tidak munasabah atau tidak. - Foto Fail
BERMULA dengan rungutan pengguna yang tersebar di Facebook dan Twitter, pengendali sebuah medan selera di pasar raya besar di Petrajaya telah menerima notis tunjuk sebab dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak kerana dipercayai menjual minuman dengan harga melampau.
Pembongkaran harga tersebut bermula apabila salah seorang pelanggan memuat naik foto resit medan selera tersebut yang menunjukkan minuman Milo ais dijual pada harga RM4.20 segelas, lapor Bernama.
KPDNKK mana? sila semak dan siasat pantau harga.makanan dan minumqnndi Giant Baru samariang ya..kebanyakan warga Bumi...
Posted by Arabi ArSalleh on Sunday, January 3, 2016
Kiriman tersebut dikongsi oleh pengguna media sosial lain di Facebook dan juga Twitter termasuk satu tweet dari @twt_kuching, sebuah akaun berkenaan gaya hidup dan perkembangan bandar Kuching.
Meanwhile. Milo peng ya mahal 20sen dari Nasi Bajet rah samarahan nun tek lol. #tengokpapanhargasebelummembeli pic.twitter.com/MRYEnziSlQ
— ilovekchdotcom (@twt_kuching) January 4, 2016
Twit tersebut telah menarik perhatian akaun Twitter rasmi KPDNK:
@twt_kuching Selamat petang. Boleh pihak kami dapatkan maklumat terperinci berkenaan hal ini.
— mykpdnkk (@mykpdnkk) January 4, 2016
@mykpdnkk original post came from this person @ Giant Petrajaya. pic.twitter.com/rlt2aKqZkD
— ilovekchdotcom (@twt_kuching) January 4, 2016
@twt_kuching Terima kasih. Kami akan hubungi beliau
— mykpdnkk (@mykpdnkk) January 4, 2016
Sebuah pasukan yang dianggotai oleh penguatkuasa KDPNKK Sarawak dan naib presiden Consumer Voice Association of Sarawak Philip Ng Swee Tong kemudiannya mengadakan serbuan menyerahkan notis tunjuk sebab kepada premis berkenaan.
"Pengendali tersebut diberi masa selama tujuh hari untuk memberikan penjelasan terhadap harga yang dicaj ke atas makanan dan minuman yang dijual," jelas Abd Hafidz A Rahim, ketua pegawai penguatkuasa KPDNKK Sarawak.
Menurut Hafidz, notis tersebut diserahkan di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
Beliau menambah, siasat akan dilakukan terhadap kos perniagaan yang terlibat dan margin keuntungan yang diperoleh pengendali selepas harga tersebut dicaj.
"Kita mesti tengok margin keuntungan terlebih dahulu. Kalau berlebihan atau tidak munasabah, kita akan ambil tindakan," ujar Hafidz.
Topic Berkaitan
#Kini Trending
#KPDNKK
#milo ais
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan