Seorang pemilik premis runcit dikenakan kompaun sebanyak RM10,000, selepas dikesan menjual pelitup muka melebihi harga siling yang ditetapkan.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu Saharuddin Mohd Kia berkata, hasil pemeriksaan, anggota penguatkuasa KPDNHEP Kemaman mendapati pemilik premis tersebut, seorang wanita berusia 45 tahun telah menjual 70 unit pelitup muka tiga lapis dengan harga RM2.40 seunit.
"Kesemua barangan bernilai RM168 itu dirampas dan siasatan sekitar pukul 12.30 tengah hari tadi dibuat mengikut peruntukan di bawah Seksyen 11, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
"Sekiranya disabitkan kesalahan, denda maksimum boleh dikenakan terhadap individu tersebut sebanyak RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Saharuddin berkata, harga jualan runcit bagi pelitup muka yang dikawal ialah RM0.15 seunit bagi jenis satu lapis, RM0.20 seunit bagi jenis dua lapis, RM1.50 seunit bagi jenis tiga lapis dan RM6 seunit bagi jenis N95.
Dalam pada itu, Saharuddin berkata sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), KPDNHEP Negeri Terengganu telah menjalankan 5,798 pemeriksaan dan melibatkan 87 kes dengan nilai kompaun sebanyak RM33,000.
Selain itu, sebanyak 205 aduan yang diterima daripada orang awam, telah diambil tindakan oleh pihaknya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 26 2020
Harga jualan runcit bagi pelitup muka yang dikawal ialah RM0.15 seunit bagi jenis satu lapis, RM0.20 seunit bagi jenis dua lapis, RM1.50 seunit bagi jenis tiga lapis dan RM6 seunit bagi jenis N95. - Gambar hiasan
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Cuaca panas: Ibu bapa digalak buat aduan jika sekolah anjur aktiviti luar - Fadhlina
Aduan boleh dibuat di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Pendidikan (KPM).
EAIC perkenal talian aduan menerusi WhatsApp
Selain itu, EAIC masih mengekalkan penerimaan aduan melalui saluran sedia ada iaitu SPAPS di Portal EAIC, e-mel dan secara bersemuka.
KPDN Melaka terima 390 pelbagai aduan kepenggunaan
Antara aduan diterima membabitkan transaksi dalam talian iaitu tidak menerima barang atau perkhidmatan serta barang atau perkhidmatan diterima tidak seperti ditawarkan termasuk pakej umrah.
KKR terima 5,836 aduan menerusi aplikasi MYJalan, 1,203 diselesaikan - Nanta
Kementerian Kerja Raya telah menyelesaikan sebanyak 1,203 aduan daripada keseluruhan 5,836 aduan yang diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat 6 Dis lepas.
HTAR siasat dakwaan dawai ditinggalkan dalam saluran darah pesakit
HTAR memberi jaminan bahawa setiap aduan akan disiasat secara telus dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan tanpa mengabaikan hak-hak pelanggan.
3,750 aduan jalan rosak diterima menerusi MYJalan setakat 30 Okt
Sejumlah 3,750 aduan diterima melalui aplikasi MYJalan bagi tempoh 1 Ogos hingga semalam (30 Okt), antaranya berkaitan masalah jalan berlubang, kerosakan papan tanda dan perabot jalan.
116 aduan internet oleh Ahli Parlimen akan diambil tindakan - Fahmi
Fahmi merakamkan penghargaan buat kesemua Ahli Parlimen yang memberi kerjasama penuh dengan kementerian.
Orang ramai tidak digalak guna media sosial untuk salur aduan berkaitan bekalan - Fuziah
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menggunakan media sosial untuk membuat aduan berkaitan bekalan barangan keperluan.
Buat aduan buli secara terus di reruai KPM
Petugas di reruai akan menunjukkan cara untuk membuat aduan berkenaan kepada pengadu.
Polis Kedah terima 306 laporan sepanjang tempoh PRN
Polis Kedah menerima 306 laporan berkaitan pelbagai jenis aduan sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) bermula 28 Julai hingga 13 Ogos lepas.