Tutup

Jual rumah untuk warga China dan Hong Kong, pengkritik mungkin tak faham - Zuraida

Jual rumah untuk warga China dan Hong Kong, pengkritik mungkin tak faham - Zuraida
Jelas Zuraida (gambar) mereka yang memberikan kritikan itu mungkin tidak memahami konsep ekonomi negara. - Gambar fail
KEPALA BATAS: Cadangan pembelian rumah melalui Kempen Ekspo Perumahan melalui program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) kepada pembeli warga asing adalah usaha kerajaan memulihkan dan merancakkan ekonomi negara selain mengatasi masalah lambakan rumah tidak terjual di negara ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menegaskan ekonomi negara dapat berkembang dengan baik sekiranya penjualan rumah dapat dilakukan sekaligus memberi peluang kepada pemaju merancakkan kembali projek pembangunan perumahan negara.
Jelasnya, mereka yang memberikan kritikan itu mungkin tidak memahami konsep ekonomi negara.

Menjadi tanggungjawab pihaknya untuk menyelesaikan masalah dengan mencairkan ekonomi dengan penjualan aset yang terbeku memandangkan terdapat 140 industri hiliran yang terbabit dengan pembangunan industri perumahan.
“Bayangkan 10 tahun akan datang, kalau kita tidak ‘clear’kan (jual) hartanah ini, negara ini landskapnya adalah landskap bangunan terbengkalai, bangunan yang kotor dan uzur.

“Adakah kita hendak melihat Malaysia begitu pada masa akan datang? Kita akan menyesal nanti kita kena menanganinya sekarang sebagaimana semampu boleh kita menanganinya dalam mengikut prosedur bukanlah saya nak jual dengan (negara) China macam lelong-lelong nasi, goreng pisang. Bukan, kita ada sistem,” katanya selepas majlis penyerahan surat cara pengisytiharan Majlis Bandaraya Seberang Perai di Dewan Millenium, di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurut Zuraida, pihaknya tidak akan sewenang-wenangnya menjual rumah, sebaliknya penjualan rumah itu akan dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Pada Rabu , Zuraida dilaporkan mencadangkan MM2H untuk menarik pembeli dari China dan Hong Kong bagi menyelesaikan isu lambakan rumah mewah di negara ini yang bernilai kira-kira RM100 bilion.


Tag: Kempen Pemilikan Rumah, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, Home Ownership Campaign, warga China, warga Hong Kong, MM2H, Kempen Ekspo Perumahan melalui program Malaysia Rumah Keduaku



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.