Seorang peniaga di sini berdepan tindakan tegas gara-gara menjual telur pada harga RM1 sebiji di premis perniagaannya semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Perniagaan (PKP).
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata pihaknya menerima aduan mengenai perkara tersebut pagi Khamis, sebelum sepasukan lima pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan ke atas premis di Meru itu, pada hari yang sama.
Katanya hasil pemeriksaan mendapati premis yang menjual pelbagai keperluan harian termasuk telur ayam telah meletakkan tanda harga dengan jelas pada barangan jualan.
"Harga jualan telur ayam yang dipamerkan adalah RM1 sebiji tanpa dinyatakan gred telur tersebut dan ketika pemeriksaan hanya terdapat empat papan telur ayam dengan jumlah 114 biji dipamerkan untuk jualan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Saifullizan berkata pihaknya telah mengeluarkan satu notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kepada peniaga terbabit agar memberikan maklumat mengenai harga jualan telur di premisnya sebelum 16 April ini dan kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan.
Selain itu, Saifullizan berkata peniaga berkenaan juga boleh disiasat di bawah Seksyen 12 (1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana memberi gambaran mengelirukan disebabkan gred telur yang dijual pada harga RM1 sebiji tidak dinyatakan.
Beliau memberi amaran tindakan tegas menanti peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan secara tidak munasabah sepanjang PKP dan turut menasihati orang ramai agar melaporkan sebarang kenaikan harga serta isu bekalan kepada pihaknya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 10 2020
Harga jualan telur ayam yang dipamerkan adalah RM1 sebiji tanpa dinyatakan gred telur tersebut. - REUTERS/Francois Lenoir/File Photo
Mahkamah tolak permohonan 186 pekebun durian Musang King
Mahkamah Tinggi menolak permohonan 186 pekebun durian Musang King di Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi notis pengosongan tanah.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah dibawa ke lokasi pengebumian
Lapan jenazah anggota TLDM selesai disolatkan di Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja kira-kira jam 5.40 petang pada Rabu.
Kes tembak KLIA: Suspek didakwa lagi esok
Hafizul Hawari, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel - Huwaida Arraf
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual memulakan pelayaran pada Jumaat ini tidak akan menggunakan laluan di perairan Israel.
Upacara penghormatan terakhir
Bersama kita wartawan Umavathi Ramayah yang kini berada di Masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
[KOLUMNIS] Telur oh telur
AYAM penelur hanya dapat bertelur apabila mencapai usia 18 - 20 minggu.
Tiada gangguan bekalan minyak masak peket 1kg di Pulau Pinang
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mengesahkan tiada gangguan bekalan minyak masak peket 1 kilogram (kg) dalam pasaran di negeri itu.
KPDNHEP tempatkan 12 mesin retort di seluruh negara
KPDNHEP melalui Sekretariat Food Bank Malaysia sehingga kini telah menempatkan sebanyak 12 unit mesin retort di premis hotel dan katering di 10 negeri.
Penetapan harga siling ayam pada RM9.40 sekilogram diteruskan - Nanta
Jemaah Menteri setuju harga ayam tidak akan diapungkan di pasaran ekoran kegusaran yang ditimbulkan oleh segelintir pihak.
Agong titah KPDNHEP giat usaha lindungi kesejahteraan rakyat
Seri Paduka bertitah usaha perlu ditingkatkan, bagi membendung segelintir peniaga yang mengambil keuntungan secara tidak munasabah.
Peniaga diingat jangan ambil kesempatan naik harga barang - Nanta Linggi
Pembukaan sempadan semestinya akan merancakkan sektor ekonomi dengan kedatangan pengunjung dari luar sekali gus meningkatkan permintaan terhadap barangan tertentu dalam pasaran.
Selepas kontroversi harga sotong, kecoh pula kailan ikan masin RM18 sebungkus di P. Pinang
Sebuah restoran turut mengenakan harga lauk ikan jenahak sebanyak RM90 manakala sayur campur (RM9) serta ulam dan sambal (RM5).
KPDNHEP pertimbang cadangan kawal harga kit ujian COVID-19
Harga kit ujian RM39.90 seunit disifatkan membebankan terutama kepada golongan berpendapatan rendah dan keluarga memiliki ramai anak.
KPDNHEP Johor tumpas kegiatan pindah minyak masak bersubsidi
Hasil serbuan yang dijalankan mendapati sebanyak 24,819 kg minyak masak bersubsidi sudah dipindahkan ke dalam tangki.
Kenaikan harga barang asas: 'Kerajaan ketika ini, kerajaan tidur' - Anwar
Dakwa Anwar, tindakan secara serius seolah-olah tidak diambil pihak kementerian yang bertanggungjawab meskipun perkara itu amat membimbangkan.