awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jujur, jangan sorok sejarah perjalanan atau kontak rapat! - KP Kesihatan

Bernama
Bernama
20/03/2020
06:53 MYT
Jujur, jangan sorok sejarah perjalanan atau kontak rapat! - KP Kesihatan
Noor Hisham: Hanya selepas prosedur dan rawatan klinikal selesai, maklumat kritikal itu didedahkan. Pada masa itu, keselamatan petugas kesihatan dan fasiliti kami telah terjejas. - Gambar fail
Orang ramai khususnya pesakit digesa bersikap jujur dalam memberi maklumat dan sejarah hubungan rapat mereka semasa proses saringan dan pengesanan COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merayu supaya mereka tidak menyembunyikan maklumat sehingga menimbulkan risiko kepada nyawa petugas fasiliti kesihatan.
Katanya, adalah satu jenayah sekiranya orang awam atau pesakit tidak mendedahkan atau menyembunyikan maklumat.
Melalui hantaran di laman Facebook, beliau memberi contoh peserta perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling yang disifatkan tidak jujur.
"Hanya selepas prosedur dan rawatan klinikal selesai, maklumat kritikal tersebut telah didedahkan. Pada masa itu, keselamatan petugas kesihatan dan fasiliti kami telah terjejas.
"Ia adalah satu jenayah sekiranya anda tidak mendedahkan atau menyembunyikan maklumat,"katanya dalam hantaran tersebut.
Dilaporkan kira-kira 4,000 jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan ijtimak di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur, belum ‘menyerah diri’ untuk menjalani pemeriksaan kesihatan ekoran penularan wabak COVID-19.
Pengesanan peserta ijtimak masih giat diteruskan dan kini kerajaan perlu menggunakan khidmat Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan kumpulan ini.
Sehingga 12 tengah hari semalam, 110 kes baharu positif COVID-19 direkodkan, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes positif terkini wabak itu 900 di negara ini.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#gejala
#hubungan rapat
#jujur
#keselamatan
#kesihatan
#kontak
#koronavirus
#Noor Hisham Abdullah
#pengesanan
#perhimpunan
#risiko
#saringan
#sejarah
#tabligh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan