awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemelut Pas-Bersatu: Penting pemimpin kuat, ada aura untuk 'ikat' gabungan - Penganalisis
Belian saat akhir lonjak petunjuk pasaran Bursa Malaysia untuk ditutup tinggi
Pemergian Khaleda Zia: Bangladesh isytihar berkabung tiga hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah banjir kilat di Lipis meningkat

Bernama
Bernama
15/07/2020
05:00 MYT
Jumlah banjir kilat di Lipis meningkat
Jumlah mangsa banjir kilat di Lipis meningkat hari ini apabila sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka petang Rabu. - Bernama
Jumlah mangsa banjir kilat di Lipis, kira-kira 278 kilometer dari sini, meningkat hari ini apabila sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka petang semalam.
Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata PPS Dewan Belora Aur Gading yang dibuka 2 petang semalam, kini menempatkan 132 mangsa daripada 36 keluarga manakala PPS Sekolah Kebangsaan Chegar Perah masih dihuni 268 mangsa daripada 68 keluarga.
"Air di Kampung Aur Gading mulai naik selepas hujan berterusan beberapa jam pada sebelah pagi semalam, namun keadaan air dilihat beransur surut hari ini. Keadaan sama juga dilaporkan di Kampung Chegar Perah.
"Setakat ini, jalan ke SK Aur Gading ditutup kepada pengguna jalan raya kerana dinaiki air," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Azli juga mengesahkan bahawa setakat ini, pihaknya belum menerima laporan kecederaan atau kehilangan nyawa yang disebabkan oleh bencana itu.
Banjir kilat itu berlaku akibat hujan lebat yang berterusan selama hampir sembilan jam pada Isnin lepas menyebabkan paras air Sungai Relau meningkat dan melimpah ke kawasan berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa
#mati lemas
#polis
#PPS
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan